Sungguh Mulia Itu Yang Boleh Dikatakan!!! Seorang Lelaki Sanggup Menawarkan Diri Dimakan Harimau ?

tiger

CHENGDU – Cari pasal….itu yang dilakukan oleh lelaki sakit mental ini yang masuk ke dalam kandang harimau dan menawarkan badannya untuk dimakan oleh binatang tersebut.

Yang Jinhai, 27, bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pengurus zoo terbabit.
Menurut saksi, Jinhai telah memanjat pagar kandang itu yang mempunyai dua ekor harimau betina dan jantan.
“Saya sangkakan harimau-harimau itu akan terus menerkam Jinhai, sebaliknya harimau betina kelihatan takut dan lari.
“Dia kemudiannya cuba menarik perhatian harimau itu dan membuat pelbagai aksi sebelum diterkam oleh harimau jantan,’’ kata saksi itu.
Jinhai yang mengalami calar dan kesan luka digigit, telah diselamatkan oleh penjaga zoo yang menembak ubat penenang kepada harimau jantan berkenaan.
Menurut keluarga Jinhai, lelaki itu telah lama mengalami kemurungan dan dia kini dibawa pulang ke rumah dan diberikan rawatan kaunseling sakit jiwa bagi membantu dia berdepan dengan masalah.
Dalam pada itu, rakan-rakannya memberitahu, sebelum ini Jinhai telah memuatnaik mesej dalam media sosial bahawa dia ingin memulakan hidup baru selepas mendapat kerja sebagai pengawal keselamatan.
Namun dia berhenti kerja selepas berasa bosan dan bekerja di sebuah kilang percetakan, sebelum meletak jawatan .
Selepas mengunjungi sebuah zoo, dia kemudiannya menulis mesej bahawa dia sangat tertekan melihat harimau dilayan dan ditempatkan di dalam kandang.
Jinhai juga mengumumkan bahawa dia memutuskan untuk mengorbankan dirinya kepada harimau.