Nama aktor Ashraf Muslim pernah tercalar tahun lalu apabila dirinya dicemuh kerana mendirikan perkahwinan kedua tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.
Selepas itu, ramai pula peminat berpendapat bahawa Ashraf kini lebih memberikan perhatian kepada isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi memandangkan isteri keduanya itu sedang sarat hamil cahaya mata sulung mereka.
Namun, demi memadamkan mulut-mulut orang yang berkata mengenai rumah tangganya, Ashraf menunjukkan hubungan baik yang terjalin di antara kedua-dua isterinya dengan bergambar bersama sebelum dirinya terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah, yang dikongsikannya di laman Facebook, semalam.
Tak gitu?
Oleh: AUDREY LEE