Pencarian MH370 Masuki Fasa Baru Dan Terbahagi Pada Koridor Utara & Selatan Namum Belum Dapat Ketahui Puncanya Dan Jumpa...

#MH370 - MAS
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Najib Tun Razak menerusi sidang media sebentar tadi, mengumumkan bahawa siasatan kes kehilangan pesawat MH370 sejak awal pagi Sabtu lalu kini memasuki fasa baru.
Hal ini susulan maklumat terbaru yang diterima Kerajaan Malaysia, termasuk waktu terakhir komunikasi pesawat dengan radar primari adalah 8.11 pagi, Ahad lepas.
Justeru, usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) yang sebelum ini ditumpukan di sekitar Laut China Selatan akan ditamatkan manakala penyiasatan akan ditumpukan kepada  dua blok iaitu koridor Utara dan koridor Selatan dengan pertambahan bilangan aset.
Koridor Utara meliputi sempadan Thailand ke semadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor Selatan, merentasi Utara Indonesia hingga Selatan Laut Hindi.
Kenyataan Najib ini sekaligus menjelaskan mengapa ramai diplomat asing turut menghadiri sidang media hari ini.
Fullscreen capture 3152014 15032 PM
Fullscreen capture 3152014 14350 PM
Ia disebabkan Kerajaan Malaysia akan memberi taklimat khas kepada wakil kedutaan luar negara terlibat yang mungkin dapat membantu usaha terbaru pencarian pesawat MH370 yang kian misteri.
Biarpun media sudah mula melaporkan bahawa berlaku rampasan pesawat MH370, Najib bagaimana pun memilih untuk menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia masih menyiasat punca sebenar mengapa pesawat tersebut dilencongkan daripada destinasi asalnya.
- REM RAMZI MYNEWSHUB