SHAH ALAM — ‘Raja Bomoh’ yang melakukan ritual di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi
membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan
mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad
berkata tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan
JAIS mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
“JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman
sesawang dan Facebook JAIS, berhubung perbuatan dia.
“Merujuk kepada aduan itu, JAIS sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor,” katanya kepada pemberita di sini.
Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala ‘tikar terbang’ dengan
disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui
fungsinya.
Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual“Merujuk kepada aduan itu, JAIS sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor,” katanya kepada pemberita di sini.
Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala ‘tikar terbang’ dengan
disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui
fungsinya.
menggunakan bubu mata pancing.
Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata pihaknya juga masih melakukan
pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang.
– BERNAMA