China – Gara-gara tersilap memuat
naik gambar ke media sosial, seorang perempuan simpanan telah
mendedahkan wang tunai yang dimilikinya iaitu sebanyak £3 juta di dalam
bank.
Rupa-rupanya dia bukan sahaja memuat
naik gambar bersama kekasihnya yang juga orang kuat parti politik di
China, Luo Zhiyuan di Facebook, sebaliknya dia juga memuat naik akaun
bank tanpa disedarinya.
Entri tersebut telah menyebabkan Facebook wanita itu, Li Shanshan dihujani dengan pernyataan mengenai wang tersebut.
Shanshan sebelum ini berbuat demikian kerana ingin mengajar kekasihnya yang dikatakan enggan membayar nafkah kepada anak mereka.
Sebagai bukti bahawa dia adalah kekasih
Zhiyuan, Shanshan merakamkan selfie bersama Zhiyuan yang ketika itu
sedang tidur bersama, dan dimuat naik dalam facebook.
Kini timbul persoalan sama ada Zhiyuan
sudah membayar nafkah berkenaan atau tidak, dan berdasarkan akaun yang
dimuat naiknya itu, sudah pasti ia menunjukkan bahawa wang nafkah itu
sudah dijelaskan kekasihnya.
Namun selepas dihujani pelbagai pertanyaan, Shanshan terus memadamkan entri berkenaan.
Bagaimanapun dia kemudiannya menulis
dalam Facebook bahawa wang berkenaan tiada kaitan dengan Zhiyuan, dan ia
merupakan urusan peribadinya.
Shanshan juga mendakwa ahli politik yang
kaya itu telah memanupulasi orang ramai untuk mendapatkan kontrak dan
telah menggodanya untuk menjalin hubungan dengannya.
Dalam pada itu, Zhiyuan dalam satu mesej
pesanan ringkas memberitahu perempuan simpananya bahawa jika dia
kehilangan pekerjaan, maka wanita itu akan menerima padah.