JENAYAH - Wanita Dicekup Kerana Bernafsu Binatang



Gambar Hiasan

BEIJING - CHINA. Seorang wanita Cina ditahan atas dakwaan membunuh dua kanak-kanak dan menyebabkan 30 yang lain jatuh sakit akibat keracunan makanan di sebuah tadika. 

Pegawai polis daerah Qiubei memberitahu media, suspek Zhao Jianzhi, 44, seorang pengawal keselamatan di premis tersebut dipercayai berang kerana dipaksa meninggalkan kuarters yang didudukinya sejak tiga tahun lalu. 

"Suspek didakwa meletakkan racun ke dalam makanan ringan dan meninggalkannya di dalam kelas. "Dua budak perempuan berusia empat dan lima tahun meninggal dunia dan lima yang kini berada dalam keadaan kritikal," katanya dipetik dari laporan Channel News Asia. 

Sebanyak 25 lagi mangsa kini sedang mendapatkan rawatan dan ada di antara mereka telah keluar dari hospital.