Pihak ketenteraan Amerika Syarikat (AS) telah menghantar kapal kelas pemusnah, USS Pinckney, Arleigh Burke yang berpangkalan di San Diego dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370, yang dilaporkan hilang dari radar sejak 1.30 pagi Sabtu lalu.
Menurut laporan ABC News, kapal canggih itu turut membawa dua helikopter yang boleh digunakan dalam misi tersebut.
Kapal tersebut dijangka tiba di bahagian selatan kepulauan Vietnam dalam tempoh 24 jam selepas berlepas dari pangkalannya di San Diego.
Seramai tiga orang penumpang dari Amerika disahkan terlibat dalam pesawat malang itu yang melibatkan seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Antara negara lain yang turut menghulurkan bantuan dalam misi mencari dan menyelamat adalah China, Vietnam dan Singapura.
Oleh: AUDREY LEE