Antara 12 anak kapal itu terdiri daripada Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang berpengalaman mengendalikan pesawat dan telah menyertai MAS sejak 1981 lagi.
Kapten Zaharie dibantu Pegawai Pertama, Fariq Abdul Hamid, 27, yang mula menyertai MAS sejak tujuh tahun lalu.
Selain itu, 10 lagi anak kapal terdiri daripada pramugara dan pramugari MAS iaitu Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.
Fouziah bersama-sama dengan 30 juta rakyat Malaysia yang lain turut mendoakan kesejahteraan rakan-rakannya supaya segera dapat dijumpai dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dalam keadaan selamat.
Oleh: AUDREY LEE
Kredit Foto: Instagram Fouziah Gous