Mendiang yang menghidap gangguan mental sejak beberapa tahun lalu bertindak nekad menembak kepalanya dengan sepucuk pistol.
Sebelum ini, keluarga Joshua dikatakan telah berusaha membantunya dalam mengubati penyakitnya itu, namun masih tidak berjaya.
Sumber terdekat keluarganya berkata, mendiang kelihatan tertekan sejak kebelakangan ini, namun punca tekanan itu tidak diketahui.
Kematian Joshua mengundang simpati dan ucapan takziah daripada peserta program tersebut dan juri tetapnya, Chef Gordon Ramsay.
Sayang sekali, dengan umur yang masih muda dan bakat yang ada, kami yakin mendiang sebenarnya boleh melangkah lebih jauh dalam kariernya.
Diharap dengan kematian Joshua dapat meningkatkan kesedaran bahawa penyakit mental bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng dan semua pihak harus bersama-sama membantu pesakit.