PERTH – Kru mencari buat kali
pertama menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dalam
Lautan Hindi bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan
peralatan di atas kapal Australia datanynya dari kotak hitam pesawat
MH370, kata Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss, hari ni.
Truss yang memangku jawatan itu ketika
Tony Abbott berada di luar negara berkata, anak kapal Ocean Shield akan
melancarkan kenderaan itu, Bluefin 21 hari ini.
Kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.
Jika peta itu melakar kawasan serpihan,
anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi
merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat. – AP