MH370: Rupanya Di China Lagi Banyak Nahas Melibatkan Pesawat Yang Mergorbankan Nyawa

HenanAirlines
MEDIA asing khususnya CNN melaporkan kebanyakan ahli keluarga penumpang warga China yang marah serta melabelkan Malaysia sebagai pembunuh kerana kehilangan ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Pesawat itu hilang sejak 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.
Kemarahan itu dilihat terlalu meluap-luap sehingga terjadinya beberapa insiden antaranya ialah protes di hadapan Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, China baru-baru ini.
Selain itu wakil peringkat tertinggi Malaysia ke Beijing juga dilihat menerima cemuhan dan provokasi dari ahli keluarga di China yang tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan krisis MH370.
Mereka mendakwa Malaysia lemah dalam menguruskan insiden MH370 dan menyembunyikan banyak maklumat berkaitan pesawat berkenaan.
Penulis membuat analisis berkaitan statistik nahas pesawat yang berkaitan pesawat dari China dan hasil pemeriksaan mendapati nahas melibatkan pesawat negara itu lebih banyak.
Syarikat penerbangan dari China telah terlibat dalam berpuluh-puluh nahas sebelum ini tetapi tidaklah banyak sangat kritikan diterima dari kerajaan China kerana jumlah kematian yang agak tinggi.
Malaysia Airlines (MAS) jika mengambil kira nahas berskala besar hanyalah dua iaitu sebelum di Tanjung Kupang pada tahun 1977 yang terhempas akibat dirampas.
Kemungkinan tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Malaysia dan MAS adalah kerana disebabkan lokasi pesawat yang masih belum ditemui dan juga pelbagai teori provokasi yang direka media asing sehingga mengakibatkan hati ahli keluarga keliru.
NahasUdaraChina
Nahas udara terbaru membabitkan syarikat penerbangan di China ialah pada 24 Ogos 2010, pesawat Henan Airlines melibatkan jenis pesawat ERJ-190 yang terhempas di Yichun City, wilayah Heilongjiang.
Seramai 44 orang penumpang terbunuh manakala 52 orang cedera dalam kejadian itu.
Nahas pertama direkodkan ialah dari pesawat milik Penerbangan Awam China pada 26 April 1982 terhempas di Yangshuo, wilayah autonomi Guangxi Zhuang.
Ia melibatkan pesawat jenis Trident 2E yang meragut nyawa 112 orang.
Daripada tahun 1982 hingga nahas terakhir pada 2010 itu, sebanyak 21 nahas pesawat melibatkan pesawat China di beberapa lokasi dengan tiada satu pun nahas yang tidak melibatkan kematian.
Kita berharap selepas penemuan serpihan pesawat MH370 yang diyakini ramai akan ditemui cuma masa menentukannya, emosi para ahli keluarga China akan kembali reda sebaik bukti yang didesak dari Malaysia ditemui kelak.
Oleh : AIRY ARIS