Panas ! Bapa Tiri Bernafsu Buas Telah Rakam Foto Separuh B0GEL Anak Perempuan..


(Gambar Hiasan)


Sejak awal Januari lalu, seorang lelaki berusia 57 tahun menyelinap masuk ke dalam bilik tidur anak tiri perempuannya yang berusia 14 tahun setiap malam untuk merakam gambar separuh bogel remaja terbabit yang sedang tidur.


Rahsia perbuatan kejinya itu hanya terbongkar pada jam 11.30 pagi, kelmarin apabila isterinya yang berusia 42 tahun iaitu ibu kandung mangsa, menemui puluhan gambar separuh bogel remaja terbabit dalam telefon bimbit suaminya itu di rumah mereka di Taman Dagang, Ampang.




Bimbang keselamatan anak perempuannya itu, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Ampang.



Menceritakan semula keejadian itu, sumber berkata, ketika suspek mandi, wanita terbabit memeriksa telefon bimbit lelaki berkenaan dan terkejut menemui gambar separuh bogel anak perempuannya yang tidur dalam telefon itu.



"Berang dengan kejadian itu, wanita itu segera mendapatkan suaminya dan meminta penjelasan mengenai gambar berkenaan" katanya.



Sumber itu berkata, selepas didesak lelaki terbabit mengaku menyelinap masuk ke dalam bilik anak tirinya itu dan merakam gambar berkenaan ketika remaja itu tidur.



"Perbuatan suspek menyebabkan berlaku pertengkaran antara pasangan itu selama 10 minit sebelum lelaki terbabit meninggalkan rumah," katanya.






Dalam laporannya kepada polis, wanita itu mendakwa dia berkahwin dengan suspek setahun lalu selepas kematian suami.



Menurut wanita itu, suami barunya itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk berkenaan sejak awal Januari lalu dengan menyelinap masuk ke dalam bilik anaknya ketika lewat malam.



Tambahnya, wanita terbabit kini mempertimbangkan menuntut cerai dengan lelaki itu kerana bimbang keselamatan anaknya jika terus bersama suaminya itu.