GUWAHATI, India – Seorang aktivis hak asasi manusia, Pranab Boro membakar dirinya di depan pejabat Sekretariat Assam di sini semalam.
Dia mencurahkan petrol pada badannya sendiri sebelum bertindak menyalakan api dan membakar dirinya.
Boro yang berusia 45 tahun melakukan
perbuatan itu bagi menuntut tanah untuk penduduk tempatan di beberapa
lokasi di negeri Assam.
Namun, beberapa anggota polis berjaya memadamkan api yang menjilat tubuhnya.
Dia turut dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.
Boro kemudian bagaimanapun meninggal dunia selepas hampir keseluruhan badannya melecur akibat dijilat api.
Lelaki itu merupakan anggota persatuan pembela hak petani iaitu Krisak Mukti Sangram Samiti. – Agensi