“Sekarang lu (kamu) cerita
apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger
(hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya
bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.”
Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama ‘Bukan Aku Tak Cinta’.
Fauzi berkata, kiriman SMS itu
diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia
percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang
isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.
Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam
dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta
di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.
Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur
ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba
menyerang isterinya di lokasi penggambaran.
“Saya hanya minta penjelasannya dan dia
munkin tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti. Bagi saya
perbuatan itu melampau, apatah dalam keadaan isteri saya mengandung”,
katanya yang turut memberitahu Sharnaaz juga menyumpah anak dalam
kandungan isterinya.
Berikutan insiden itu dia dan isterinya sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Sementara Nisdawati pula berkata, dia
tidak tahu menahu punca diserang dan dimaki-hamun Sharnaaz. Dia jua
berkata jika dia ada melakukan sebarang kesilapan, pelakon itu boleh
datang dan berbincan secara elok dengannya, bukan dengan cara menamuk
dan memaki hamun. - Harian Metro