Sharnaaz Memang Dah Tangkap Cintan Dengan Nelydia? Maklumle Tengok Je Pada Gambar Kemesraan Mereka ?

Sharnaaz Ahmad - 'Saya Tak Nak Komen'
Nama Sharnaaz Ahmad kembali menjadi perbualan hangat peminat industri seni tanah air apabila dia kini dikatakan mempunyai persengketaan dengan pelakon Lisdawati Nazaruddin dan suaminya, Fauzi Nawawi.
Namun, apa yang ingin kami kongsikan di sini ialah bukan hal pergaduhan tersebut, tetapi sebaliknya sisi romantik Sharnaaz terhadap pasangan heroinnya dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) terus terserlah menerusi perkongsian gambar aksi lakonan mereka di set penggambaran tersebut.
Terlebih Romantik Dalam TV...Qi Terkilan, Sharnaaz Enggan Komen

Sharnaaz Ahmad - 'Saya Tak Nak Komen'
Dan daripada post gambar terbaru Sharnaaz, dapat disimpulkan drama BKATC telah tamat menjalani proses penggambarannya.
Menerusi keterangan gambar tersebut, Sharnaaz melahirkan ucapan penghargaannya kepada semua yang terlibat dalam drama terbabit termasuklah pengarah, rakan pelakon dan juga krew produksi.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah ucapan terakhir Sharnaaz yang dikhaskan kepada Nelydia bertulis, “buat Nely, abang sayang awak”.
SHARNAAZ
SHARNAAZ1
SHARNAAZ2
Adakah memang benar selama ini Sharnaaz memang menyimpan perasaan istimewa terhadap kekasih Qi Razali?
Qi Razali - 'Masih Cuba Untuk Terima'
Sebelum ini pun, media pernah melaporkan Qi sedikit cemburu dengan perbuatan Sharnaaz yang gemar menulis kata-kata yang agak ‘jiwang’ dalam Instagramnya bagi mempromosikan BKATC.
Akhirnya kes itu berlalu begitu sahaja selepas Qi menyedari perbuatannya yang menuduh Sharnaaz secara membabi buta, dan Sharnaaz juga mempertahankan tindakannya itu adalah bertujuan untuk mempromosikan drama lakonannya dan juga Nelydia.
Mungkinkah Sharnaaz sudah terpaut dengan cinta lokasi seperti mana yang gemar terjadi di kalangan selebriti Hollywood?