Seorang kanak-kanak perempuan di Stanley, County Durham, England nyaris buta apabila botol bir tiba-tiba dilempar ke tingkap kereta yang sedang dinaiki kanak-kanak ini bersama keluarganya.
Lemparan kuat itu membuatkan cermin kereta pecah lalu terkena Abbey Keers, 9, yang duduk di kerusi belakang.
Pada kejadian Jumaat minggu lalu, Abbie mengalami kecederaan di dahi, tangan dan hidung selain sekitar mata kanan hingga membuatkannya terpaksa menjalani pembedahan.
Menurut ibu Abbie yang berada bersamanya dalam kereta Punto ketika insiden berlaku, anaknya kini trauma untuk melihat wajah sendiri di cermin kerana ia mengingatkannya detik-detik menyakitkan itu.
Pihak polis menyifatkan kejadian ini dilakukan pihak tidak bertanggung jawab dan kini sedang menyiasat pelakunya.
Bagaimanapun, ibu Abbie serta nenek dan adiknya yang turut berada dalam kereta ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan. - REM RAMZI
Sumber: Metro UK