"TERLALU KEJAM" Sanggup Campak Anak Dari Tingkat 52


MELIHAT gambar-gambar bahagia keluarga Kanarikov, tiada siapa menyangka ia akan berakhir dengan tragedi yang menyayat hati, Ahad lalu.

Tindakan Dmitriy Kanarikov, 35, mencampakkan anaknya, Kirill, 3, dari bumbung bangunan pencakar langit setinggi 52 tingkat di Manhattan sebelum membunuh diri disifatkan isterinya, Svetlana Bukharina sebagai ‘sakit’ dan kejam.





Sebelum kejadian, Dmitriy telah mengambil anaknya itu untuk keluar berjalan dan berjanji untuk menghantar pulang selepas itu.

Pergolakan rumahtangga sejak beberapa bulan lalu telah membawa kepada perceraian pasangan berkenaan 18 Disember lalu dan hak penjagaan sementara teleh diberikan kepada wanita itu.

Apa pun, kita saksikan saat-saat bahagia keluarga ini sebelum berlakunya tragedi yang menggemparkan orang ramai itu.