Soalan
Tuan,
saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana yang
diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib mandi
hadas biarpun tanpa persetubuhan. Walau bagaimanapun sepanjang
perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenalpasti bagaimanakah
rupa mani perempuan. Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri
saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui
istimta’ tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan
setelah disetubuhi.
- Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?
- Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan sek melalui hubungan istimta’ sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani?
Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.
Jawapan
Keluar
mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau
warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak
kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi
junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan
syahwat. Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan
merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih
telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut. Mani wanita
sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa
lazat sahaja ketika keluarnya.
Imam
Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan: “Khaulah pernah bertanya kepada
Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh
lelaki. Nabi menjawab: ‘Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani
seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani
‘. “.
Oleh
kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah
dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan
bahawa wanitanya telah keluar mani. Jika demikian maka perlulah ia
mengerjakan mandi wajib.Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari
was-was. Wallahu A’lam.