VIDEO : Kini Pendekar Plak Tak Puas Hati Dengan Bomoh VIP, Atas Kenyataanya..

1603BomohGaduh

SELEPAS Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin menyuarakan cabarannya kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin termasuk ugutan untuk menampar beliau seperti menampar buaya, tampil seorang pendekar menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap Ibrahim.
Lelaki itu yang mendakwa dirinya sebagai Anak Jati Pahang bercakap dalam satu rakaman video dengan memeluk keris dimuatnaik di laman Facebook Raja Bomoh Malaysia berkata individu seperti Ibrahim tidak boleh dipercayai.
Menurutnya, video itu dirakamkan bertujuan untuk menjawab cabaran Ibrahim yang mahu menampar Ketua Pemuda Pergerakan UMNO itu.
“Saya terpanggil untuk merakam video ini kerana kelancangan dan kelantangan Ibrahim Mat Zin mencabar Khairy, saya begitu benci kerana Ibrahim telah menggunakan dan menjual nama bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak yang menjadi kesayangan orang-orang negeri Pahang.
“Menjual nama-nama orang-orang yang telah meninggal dunia, Allahyarham Datuk Harun Idris yang kita tahu memang seorang pendekar terbilang pada 13 Mei,” katanya.
Menurut lelaki itu, dakwaan Ibrahim yang mendakwa beberapa orang menteri menerima nasib kurang baik kerana menentangnya adalah khurafat kerana ia sebenarnya adalah takdir Allah dan bukannya kerana “Raja Bomoh” itu.
“Dengan ini saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya tolak Ibrahim Mat Zin,” katanya.
Dahsyat sungguh peperangan psikologi dalam kalangan pengamal ilmu persilatan dan mungkin juga pengalam perubatan tradisional ini antara mereka.
Penulis turut menyertakan sekali gambar menunjukkan rumah Ibrahim yang terletak di Tapah, Perak yang tersergam indah dengan pintu pagarnya dihiasi dengan ukiran dua bilah keris.
1603BomohVIP01
Rumah yang diberi nama Istana Seri Gemilang itu turut dikatakan sebagai rumah VIP seperti nama jolokan diberikan kepada Ibrahim yang juga digelar bomoh VIP 1Malaysia. – MYNEWSHUB.MY
Oleh : IBNU K