Lama kita tidak dengar cerita tentang penyanyi sensasi suatu ketika dulu iaitu Leina Hangat. Mendengar sahaja namanya, pasti sudah boleh mengambarkan imejnya yang daring. Namun itu semua cerita dulu, Liena Hangat yang sekarang bukan lagi Liena Hangat yang dulu.
Leina Hangat atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 40 sudahpun berhijrah menjadi wanita muslimah yang lebih baik dimata Allah sejak Ogos lalu. Penghijrahannya bermula selepas beliau menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk berubah dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.
Namun begitu, pastu ramai yang tertanya-tanya kenapa Leina sengaja tidak membuang gambar-gambarnya yang seksi dan tidak menutup aurat di dalam laman sosial Facebook miliknya memandangkan dia kini sudahpun berhijrah.
“Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya.Menurut Leina, meskipun dia kini sudah berudah namun dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang sudah sempurna dari segala segi kerana dia masih orang yang sama tetapi sedang cuba untuk memperbaiki diri kearah yang lebih diredhai Allah SWT.
“Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang.
“Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu,” jelasnya.
Leina juga turut mengakui agak sedih apabila mengenangkan kembali kehidupanya sebelum ini namun dia menganggap ia adalah pengajaran terbesar buat dirinya. Malah dia juga tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan mahu menggunakan sebaik mungkin hidayah yang diberi olehNya.
“Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah. Tentang perkara lalu tidak perlu saya kenang lagi. Perubahan tersebut juga membuatkan diri saya lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan.
“Pun begitu, saya masih lagi meneruskan kerjaya nyanyian saya seperti biasa tetapi lebih menjaga batas sebagai seorang wanita bertudung.
Pun begitu kata Leina, walaupun sudah bertudung dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana ia telah sebati dengannya.” jelasnya mengakhiri perbualan.
Sumber