BARU-BARU ini, kecoh seketika apabila lagu ‘Penglipur Lara’
nyanyian Hazama didakwa menciplak lagu nyanyian Orchestral Manoeuvres In
The Dark (OMD) iaitu ‘Enola Gay’.
Lagu tersebut hasil ciptaan Omar K dan liriknya oleh Zell.
Memetik penjelasan Hazama menerusi portal GUA, dia menganggapnya sebagai satu kebetulan sahaja.
“Saya turut dimaklumkan mengenai perkara ini, namun
menganggap ianya sebagai satu kebetulan kerana dalam dunia ada tujuh kod
jadi tidak mustahil untuk sesetengah lagu itu mempunyai melodi yang
lebih kurang sama.
Saya tak nafikan melodinya mempunyai persamaan, tetapi jika
didengar secara keseluruhan,’Penglipur Lara’ dan lagu terbabit tidak
sama. Lagu ini dihasilkan melalui kajian terhadap beberapa buah lagu
tempatan dendangan Datuk M.Nasir, Zainal Abidin dan Pak Pandir,” ujarnya.
LONDON – Sanggup menahan sakit atas nama seni. Itu prinsip
Diablo Delenfer, 43, yang melakukan `pengubahsuaian’ pada badannya
melalui pembedahan tanpa menggunakan ubat bius.
Bekas pengawal keselamatan itu telah melakukan pembedahan implan
tanduk, lidah bercabang dan tatu di bebola mata dengan menukar mata
putih kepada merah.
Disebabkan proses `pengubahsuaian’ badan tidak didaftarkan di
Britain, maka seluruh pembedahan itu dilakukan tanpa menggunakan ubat
bius.
“Semua pembedahan itu saya lakukan secara sedar. Saya dapat melihat jarum disuntik dan ia amat menyakitkan.
“Tapi anda tidak boleh takut dengan kesakitan. Pengubahsuaian badan adalah kehidupan saya.
“Biarpun ia agak pelik namun ini adalah saya yang sebenarnya,’’ katanya.
Setakat ini Delenfer telah membelanjakan lebih £10,000 dan menyifatkan ia bukan sesuatu yang mengejutkan.
BRAZIL – Sepasukan doktor menemui sesuatu yang mengejutkan
dalam perut seorang wanita berusia 84 tahun. Ia adalah janinnya yang
berusia 20 hingga 28 minggu, yang berada di dalam perutnya selama 44
tahun.
Patutlah wanita itu sering mengadu sakit perut dan pening.
Menurut wanita itu, dia pernah dimaklumkan oleh doktor , ketika 44 tahun lalu bahawa dia mengandung.
Satu malam, selepas mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian
perut, dia menemui bidan kampung yang kemudiannya memberikan ubat
kepadanya.
Sebaik makan ubat itu, perutnya kembali pulih namun sejak itu perutnya tidak membesar lagi.
Berdasarkan keadaan itu, wanita itu menyangka dia telah keguguran dan
tidak mengetahui bahawa janin itu masih berada dalam badannya .
“Ujian ultrasound gagal melihat janin itu. Hanya melalui x-ray kami
dapat melihat muka, tulang, tangan, kaki dan tulang belakang janin
itu,’’ pakar sakit puan, Dr. Saraiva Kratka.
Menurut Dr. Saraiva, wanita itu tidak berhasrat mengeluarkan janin
berkenaan biarpun doktor menasihatinya kerana bimbang ia boleh
menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan.