MH370: Kelewatan ‘Empat Jam’ Akan Ditentu Panel Bebas

MH370: Kelewatan 'Empat Jam' Akan Ditentu Panel Bebas

KUALA LUMPUR – Panel Penyiasat Bebas Antarabangsa akan menentukan punca sebenar kelewatan selama empat jam untuk mengaktifkan sistem menyelamat Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) selepas pesawat itu hilang dari radar pada 1.21 pagi 8 March lepas.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel bebas itu dianggotai pakar penerbangan dari seluruh dunia yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Kok Soo Chon.
“Biarlah badan bebas ini mengkaji dan meneliti dahulu kerana insiden MH370 dengan Air France 447 adalah dua perkara yang berbeza.
“Seperti yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebut, ada benda yang Malaysia lakukan dengan baik, ada benda yang boleh kita lakukan dengan lebih baik,” katanya dalam sidang media berkaitan MH370 di sini Jumaat
Beliau berkata jika terdapat maklum balas daripada panel bebas berkenaan, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Hishammuddin juga berkata sewaktu insiden Air France 447, masa yang diambil syarikat penerbangan itu untuk mengaktifkan sistem menyelamat adalah lebih lama, iaitu enam hingga tujuh jam.
Semalam, Kementerian Pengangkutan mengeluarkan laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo.
Hishammuddin turut menegaskan Malaysia sentiasa terbuka kepada sebarang cadangan dan tidak mungkin menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan kehilangan MH370.
Mengulas kandungan laporan awal MH370 yang hanya lima muka surat berbanding laporan kes Air France 447, beliau berkata situasi yang dihadapi adalah berbeza.
“Dalam kes Air France, kedudukan pesawat itu diketahui awal dan serpihan pesawat juga ditemui di mana ada maklumat tambahan, jadi memanglah laporan yang dibekalkan lebih tebal.
“Dalam kes MH370, saya dah nyatakan ia luar biasa di mana sampai hari ini kita tidak dapat kesan di mana kapal terbang atau serpihan… tetapi tidak bermakna kita tidak mengikuti semua petunjuk yang dipanjangkan kepada kita,” katanya.
Mengulas kunjungan beliau ke Canberra Ahad ini bagi menghadiri mesyuarat tiga hala dengan China dan Australia, Hishammuddin berkata ia akan merangkumi semua aspek termasuk fasa baharu kawasan pencarian dan kewangan.
“Sebelum ini, isu kewangan dan kos tidak berbangkit namun untuk berlaku adil kepada Australia, saya rasa sudah tiba masanya bagi China dan Malaysia, sekurang-kurangnya, untuk membincangkan perjalanan seterusnya,” katanya.
Beliau berkata bagi fasa baharu operasi mencari MH370, Malaysia akan mencadangkan agar beberapa pesawat canggih daripada entiti komersial Malaysia digunakan.
Hishammuddin juga berkata Australia sudah bersedia menerima kehadiran anggota keluarga penumpang MH370, jika mereka perlu diterbangkan ke negara itu.
– BERNAMA

Dua Wanita Didapati Bersalah MENGOYAK Al-Quran

QURAN
Birmingham – Dua penyokong pasukan bola sepak Middlesbrough FC, Julie Phillips, 50, dan Gemma Parkin, 18, didapati bersalah di mahkamah selepas bertindak kurang ajar dengan mengoyak helaian al-Quran dan kemudiannya membaling ke udara ketika perlawanan antara Middlesbrough FC dengan Birmingham City pada bulan Disember tahun lepas.
Mereka telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan penghinaan serta mengancam agama pada perbicaraan sehari yang diadakan di sini, semalam.
Pada perbicaraan itu, majistret mendengar bagaimana Philips telah mengoyak al-Quran yang diambil daripada beg tangannya dan mula mengoyaknya.
Dia kemudiannya menghulurkan helaian al-Quran itu kepada penyokong-penyokong pasukan itu, sebelum mereka membaling ke udara.
Philips dan Parkin juga melaungkan anti Islam dan menjerit untuk membunuh umat Islam dengan bayonet selain berpura-pura mahu membakar al-Quran.
“Ketika kejadian terdapat 13,454 penonton dengan 655 adalah penyokong kelab Middlesbrough yang berdiri di belakang tiang gol.
“Aksi mereka mengoyak al-Quran itu disaksikan ramai orang dan ia turut dirakamkan dalam kamera CCTV, ‘’ kata pendakwaraya.

Motorola Keluarkan Telefon Pintar Serendah RM650

moto-g-technodify-02
Bagi pengguna yang menginginkan telefon pintar yang berharga bajet, Motorola pasti dapat memenuhi hasrat anda itu.
Telefon pintar Moto G telah pun memasuki pasaran Malaysia pada tahun lepas dengan spesifikasi rendah dan harga bajet, iaitu sekitar RM650.
motomoto
Motorola turut melancarkan sebuah lagi telefon pintar bajet, Moto E di hari pelancarannya di London baru-baru ini.
Moto E ini dilihat membawakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Motorola Moto G. Apa pun, dari segi rekabentuk, ia dikatakan Moto E akan menggunakan kerangka yang lebih nipis dan kompak berbanding Moto G.
Terdapat khabar angin mengenai sebuah telefon pintar seakan Moto G, tetapi dengan spesifikasi lebih rendah dan harga lebih mampu milik.
Telefon pintar itu dikatakan akan dilengkapi skrin 4.3 inci, pemproses dual core 1.2 GHz, 1GB RAM, kamera 5 MP dan android 4.4.3 Kitkat.
Bagi memastikan harganya rendah, ia hanya dilengkapi 4GB ruang storan, bateri 1,900 mAh dan seperti Moto G, ia hanya dilengkapi 3G, dan tiada sokongan LTE.
Satu lagi kemungkinan adalah, memandangkan peranti yang belum dilancarkan ini dikatakan tahan lama, mungkin ia merupakan sebuah telefon pintar tahan lasak sama seperti trend telefon pintar kalis air dan habuk seperti Samsung Galaxy S5 dan Sony Xperia Z2.
Oleh: hzqahmd