SEDIH - REMAJA 18 TAHUN DIPERKOSA BAKAL ABANG IPAR

gambar hiasan
          

KUCHING: Seorang remaja bukan saja dipaksa meneguk minuman keras hingga mabuk, malah turut dirogol bakal abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, di sini.
Mangsa berusia 18 tahun mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin. Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.
“Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.
“Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya. Mangsa tidak berani membuat laporan polis lebih awal kerana takut diugut suspek. “Suspek mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan kejadian yang berlaku,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas tidak tahan penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Santubong.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

Panas - Guru Cabul Pelajar Tahun Satu



TUMPAT – Seorang murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah rendah dekat sini mengalami trauma untuk ke sekolah setelah mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki sekolah berkenaan, Isnin lalu.
Dalam kejadian sebelah pagi itu, murid berkenaan mendakwa telah dicabul guru sukan itu ketika berada di stor sukan.
Difahamkan, kejadian itu terbongkar pada sebelah petang hari yang sama apabila murid tersebut memberitahu ibunya bahawa dia enggan lagi pergi ke sekolah kerana trauma atas perbuatan keji guru terbabit.
Bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Wakaf Bharu dekat sini kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.
“Suspek juga sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya kini sedang dilakukan,” katanya, lapor Kosmo.

Kianat - Rogol kekasih yang masih remaja


KOTA BHARU - Dua juvana dalam kes berasingan mengaku tidak bersalah di mahkamah Majistret di sini semalam  atas kesalahan merogol kekasihnya pada Mac lalu.

Kedua-dua tertuduh masing-masing berusia 17 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan majistret Nik Habri Muhamad selepas mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan juru bahasa mahkamah semalam.

Seorang daripada tertuduh dari Kota Bharu itu, didakwa merogol  remaja berusia 15 tahun pada 29 Mac 2014 lebih kurang jam 5 pagi di sebuah rumah di Jalan Jaya Setia di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah mengenakan jaminan paling rendah memandangkan bapanya kerja kampung sahaja.

Bagi kesalahan tersebut, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dan kes bersambung pada 19 Mei ini.

Sementara itu, dalam kes lain, seorang tertuduh berusia 17 tahun dihadapkan di mahkamah  sama kerana merogol seorang remaja  berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Dusun Pinang Salor.

Tertuduh yang merupakan pelajar itu, didakwa melakukan perbuatan tersebut  lebih kurang jam 4 pagi di sebuah rumah pada 26 Mac 2014.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut  Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan dijamin sebanyak RM 2,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan kes bersambung 8 Mei ini.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad Lapor sinar harian