RASANYA, ramai yang masih ingat kenyataan kontroversi produser, Raja Azmi yang pernah menyebut dia tidak boleh menerima kalau perempuan yang tidak menutup aurat akan masuk neraka dalam satu program hiburan.
Ia sekaligus mengundang banyak kritikan kerana dianggap tidak sensitif terhadap syariat agama.
Namun, siapa sangka tidak lama selepas itu, Raja Azmi terbuka hati untuk mengenakan hijab sepenuhnya selepas memikirkan semasak-masaknya kenyataannya sebelum ini.
“Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab,” katanya menerusi program h live!, memetik mStar Online.
Ujarnya lagi, dia berniat untuk terus berhijab sehingga memakai kain kapan.
Syukurlah. Harap-harap perubahan baik ini bukan sekadar dari segi penampilan sahaja, tetapi secara keseluruhan termasuklah percakapan dan perlakuan ya…