TERKINI: Pesawat MAS Ke Beijing Dilaporkan Hilang Dan 38 warga Malaysia Bersamanya..

MH370
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) memaklumkan sebuah pesawat milik syarikat itu yang dalam penerbangan ke Beijing, China hilang hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 2.40 pagi ini.
MAS dalam satu kenyataan media memberitahu, pesawat B77-200 bagi penerbangan MH370 itu membawa seramai 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 krew penerbangan MAS.
MAS_missing_flight_highlighted_540_230_100
“Penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
“Pesawat itu hilang hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 2.40 pagi ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat.
MAS akan memaklumkan perkembangan insiden itu dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini.