Dia Mungkin Peminta Sedekah, Tapi... Bagi kita yang pertama kali melihat beliau, pastinya ia tidak berbeza dengan peminta-peminta sedekah yang lain.

Dia Mungkin Peminta Sedekah, Tapi...

Bagi kita yang pertama kali melihat beliau, pastinya ia tidak berbeza dengan peminta-peminta sedekah yang lain. Apa yang kita bayangkan seperti peminta-peminta sedekah yang lain pastinya beliau melakukan semuanya untuk menyara kehidupan hariannya.
Tapi bagi penduduk Sofia, Bulgaria, Dobri Dobrev bukan peminta sedekah biasa. Beliau adalah "Angel".

Dobrev telah kehilangan pendengaran semasa perang dunia ke dua. Dia tinggal 15 batu jauh dari bandar, tapi sanggup datang ke bandar setiap hari untuk mendapatkan sedikit sumbangan. Kalau dulu beliau terpaksa berjalan kaki untuk ke bandar, kini disebabkan faktor usia beliau menaiki bus.

Yang pasti dia menghabiskan masanya setiap hari meminta sumbangan, tetapi bukan untuk dirinya.

Insan yang bernama Dobri ini sebenarnya mendermakan keseluruhan pencen bulanannyayang berjumlah 80 euros (about RM362) ke rumah anak-anak yatim dan juga gereja. Baru-baru ini beliau telah diiktiraf sebagai penderma terbanyak bagi sebuah gereja dengan jumlah derma sebanyak 20,000 Euros (RM 90,610).


Beliau melakukan segalanya untuk menebus segala kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.


Dan "Dyado Dobri" bertekad untuk terus berbakti selagi termampu. Salute untuk "Grandpa Dobri". Peminta sedekah luar biasa...Semangat yang kita semua harus contohi...