Air Sembahyang PM Pun Red Bean Army DAP Nak Politikan…

pm kena
HARI INI, di laman Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak @NajibRazak, beliau memuatnaik gambar sedang mengambil wudhuk sebelum melaksanakan solat sunat hajat untuk mendoakan kemakmuran negara.
Solat hajat itu dianjurkan oleh 1Malaysia For Youth (1M4U), semalam di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta.
Hari ini gambar itu dijadikan modal para tentera siber pembangkang mempersoalkan motif Najib mengambil gambar berkenaan dan memaparkannya di Twitter.
Selain itu, Red Bean Army yang dimiliki DAP siap mempertikaikan cara beliau mengambil air sembahyang.
Bagaimanapun, bukan sekeping gambar itu sahaja yang dirakamkan ketika majlis berkenaan.
Sebenarnya, di Facebook, beliau memuatnaik tujuh keping gambar pada majlis yang sama termasuk gambar beliau membaca surah Yassin bersama-sama dengan jemaah yang hadir.
Kalau gambar hendak dijadikan ukuran dan dipersoalkan motifnya, maka gambar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpakaian baju Melayu dan sedang menyampaikan ceramah ala-ala kuliah agama di masjid dan surau-surau yang disebarkan secara meluas di media sosial terutama apabila beliau mahu bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang wajar juga dipersoalkan.

Itu belum mengambil kira gambar Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diambil sedang sembahyang di pelbagai lokasi selama ini.
Apa motif gamnbar-gambar berkenaan pula?
Begitulah perlakuan normal pembangkang yang hanya tahu membangkang apa sahaja yang ada di depan mata biarpun ia bertujuan untuk membawa kebaikan dan kemakmuran untuk negara ini. – KUMBANG WIRA/Mynewshub.my
NajibSolat01 NajibSolat02