#MH370: Isteri Hiba Teringatkan Keadaan Anak (Penumpang MH370)

MH370

PUTRAJAYA – Ibu kepada Mohd Razahan Zamani, 23, yang merupakan salah seorang penumpang MH370 tidak dapat menahan kesedihan apabila mengalirkan air mata sebaik sahaja memasuki lobi hotel yang menempatkan sebilangan besar ahli keluarga dan waris penumpang di sini.

Menurut bapa Razahan, Zamani Zakaria, 56, isterinya Kamariah Sharif, 55, tidak dapat menahan kesedihan memandangkan sudah masuk hari kelima kehilangan pesawat tersebut sejak Sabtu lalu.
Pesawat MH370
“Masuk hari kelima masih tiada apa-apa lagi, macam mana keadaan dia (Razahan).
“Semalam dia (isteri) ok, hari ini dia teringat (keadaan anak)”, kata Zamani kepada Mynewshub ketika ditemui di Hotel Everly, di sini, hari ini.
Razahan bersama isterinya, Norli Akmar merancang ke Beijing untuk berbulan madu selepas isterinya keguguran baru-baru ini.
Mereka merupakan 227 penumpang yang terlibat dengan misteri kehilangan pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi Sabtu lalu.
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto: Sinar Harian Online