Petra Jaya – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah meletak jawatan dan bakal mengumumkan penggantinya dalam tempoh terdekat.
Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
yang juga Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar,
berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas menentukan siapa
pengganti.
Bagaimanapun dalam mesyuarat hampir lima
jam itu, MKT dan kaukus memutuskan memulangkan kuasa menamakan
pengganti kepada Abdul Taib. – BH Online