(Gambar) Jururawat dikurung dan diperkosa kenalan Facebook

Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan din daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19.

Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.


Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.
Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar b0gelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.

Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikatat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, mangsa dilaporkan mengenali suspek melalui laman FB sejak Oktober lalu.

“Suspek dilapor menggunakan kata-kata manis dan pelbagai janji menyebabkan mangsa terpikat untuk berkenalan sebelum dijerat untuk bertemunya. “Selepas beberapa kali berjumpa, mangsa dijerat suspek untuk dibawa ke rumahnya sebelum dikurung dan dirogol” katanya.

Sumber itu berkata, bagi mengelak mangsa melarikan diri ataupun menghubungi orang luar untuk mendapatkan bantuan, suspek merampas telefon bimbit milik mangsa terbabit.
“Menggunakan telefon mangsa, suspek juga dilaporkan merakamkan gambar b0gel mangsa berkenaan sebelum mengugut untuk menyebarkannya jika dia melarikan diri,” katanya.
Katanya, penderitaan mangsa berakhir selepas dia menemui kunci rumah berkenaan sebelum melarikan diri ketika suspek tidur.

Sementana itu, ketua polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, mangsa bernasib baik kerana berjaya melarikan diri.
“Dia (mangsa) yang dibantu orang awam dibawa ke balai polis berhampiran,” katanya kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksven 376 Kanun Keseksaan (KK).

Yahaya berkata, sepasukan polis yang menerima laporan segera bergegas ke rumah suspek, namun gagal menemuinya. “Bagaimanapun usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa juga sudah dirujukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan diberikan rawatan lanjut.-HM