Hanya ruangan Facebook mampu saya luahkan tentang anggota polis ini ?


ANGGOTA POLIS INI YANG BERNAMA MOHAMED SAIFUL BIN MOHAMED MUSTAFA ..PANGKAT PD KJADIAN YG DIA LAKUKAN PD 23.12.2008 adalah seorang INSPEKTOR . NO BAJUNYA – I /18794.
Kini berada di IPD BETONG SARAWAK , SEBAGAI KETUA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH DAERAH DI IPD BETONG SARAWAK. Pada 23.12.2008 kira-kira jam 2 petang saya telah dapat mesej dari suami saya yang dia telah ditangkap dan dibawa ke balai polis dalam kereta polis.
Saya menghubungi suami semula untuk bertanya mengapa dia ditangkap , kerana pada hari itu saya beri duit RM 20.00 untuk beli beras. Suami saya tidak tahu ,setibanya di balai polis kata suami saya dia di arah untuk masuk duduk seorang diri dalam sebuah bilik dan kelihatan polis dalam gambar ni berbual / berbincang dengan PEGAWAI TUDM.
Kemudian suami saya beritahu dia tidak dapat bercakap lagi dengan saya sebab akan dimasukkan ke dalam lokap , pakaiannya di tangal terus di sumbat ke dalam lokap pada 23.12.2008.
Kemudian petang pada hari yang sama polis ini telah datag bersama-sama dengan anggota-anggota polis dan bersama-sama menggepong seluruh kawasan kuarters TUDM. Anggota-anggota TUDM lengkap dengan senjata api , begitu juga polis ini.
Sewaktu menahan saya dia seolah-olah nak menakut-nakutkan saya dengan ugut saya jika saya melawan dia akan mengapa-apakan suami saya yang dia masukan ke dalam lokap.
Kemudian saya dan 6 orang anak-anak kami telah di tangkap oleh polis ini, kemudian dia membawa kami ke balai polis di tempatkan dalam bilik stor yang kotor , untuk cuba memberi arahan pada saya
Dia juga telah mengugut anak saya dengan senjata api , dia juga telah paksa saya untuk tanda tangan satu laporan polis yang dia buat dan katanya akan beri pada saya. TAPI TIPU!!!
Dia juga ada buat satu kejadian sewaktu menangkap saya dan anak-anak saya 6 orang yang berumur 17 tahun hingga 5 tahun. (Biar saya simpan untuk bongkar nanti jika umur panjang di muka pengadilan).
Kerana saya enggan ikut arahanya untuk bersetuju keluar dari sarawak pada malam itu juga menuju ke SUBANG , lalu kami di bawa pula ke KUARTERS POLIS TABUAN JAYA SARAWAK , di kurung sebagai / seolah-olah tebusan dalam rumahnya.
Dan dia telah keluar setelah kunci kami dari luar untuk pergi berbincang katanya dengan beberapa orang PEGAWAI TUDM. Semasa saya di tangkap saya dalam rawatan susulan dari hospital umum kuch Sarawak untuk menanti tarikh pembedahan jan 2009.
Saya merayu-rayu padanya untuk membenarkan saya membawa ubat-ubatan saya sebab saya tidak boleh berhenti makan hingga ke tarikh pembedahan , tetapi tidak di benarkanya, kami anak beranak terbiar tidur atas simen , dalam kesejukan anak-anak saya , ada yang lapar , ada yang demam.
Esoknya 24.12.2008 ringkas saya cakap, kami semua di terbangkan ke KLIA DENGAN KEADAAN YANG SUNGGUH MEMALUKAN KAMI , sehelai sepinggang , comot , busuk , baju tidak bersalin , begitu juga suami saya yang dikeluarkan dari lokap terbang bersama-sama.
Tiba di KLIA polis ni telah arah kami untuk berhubung dengan seseorg yang akan membuat pemantauan segala gerak geri kami. Hingga ke hari ini kes ini terbiar begitu sahaja tanpa pembelaan , terbiar sebab kami tidak mampu ambil peguam , terbiar sebab kami hanya orang biasa , terbiar sebab suami saya cuma seorang mualaf.
Dan HINGGA KINI SAYA MASIH BELUM DAPAT MENJALANI PEMBEDAHAN TERSEBUT. Jadi di tempat-tempat lain saya tidak dapat salurkan , di sekat , lalu nasib ada RUANGAN FB, itu pun sudah berapa Facebook saya ada yang telah di hack.
Jadi sampai bila PDRM KONTINJEN SARAWAK MAHU MELARIKAN , MENYEMBUNYIKAN SAKSI PENTING , PERLAKU , PENJENAYAH INI DARI DI BAWA DENGAN SEGERA KE MUKA PENGADILAN ??JIKA SAYA SALAH BUAT CERITA AIBKAN PDRM , AIBKAN POLIS NI ..DAKWA LAH SAYA!!!

surtreportkessaiful
Lampiran Page Kedua Menyusul…

Laporan Asal Suarainsan