Pejam celik pejam celik Tsunami gergasi yang melanda Acheh menyambut ulang tahunnya yang ke 9 26 Disember yang lalu. Menurut pihak pemerintah Indonesia sekurang-kurangnya 220 000 rakyat Acheh terkorban manakala500 000 kehilangan tempat tinggal akibat pukulan tsunami yang paling hebat pernah melanda dunia. Bagi memperingati persitiwa bersejarah ini, Muzium Tsunami Acheh dibuka pada tahun 2009. Rekaan muzium ini mengambil bentuk ombak yang memukul pantai. Ianya direka oleh jurubina Ridhwan Kamil dan mempunyai keluasan 2500 meter persegi. Ia menempatkan artifak peninggalan hari bersejarah ini serta pameran interaktif yang memberikan anda merasai suasa seperti dilanda tsunami. Pada bahagian dalam muzium ini juga diletakkan nama mangsa-mangsa yang terkorban. Selain menjadi sebuah muzium, bangunan ini juga berfungsi sebagai kawasan selamat sekiranya tsunami besar sekali lagi melanda Acheh. Pembinaan muzium ini dilanda kontroversi kerana dikatakan membazir oleh mangsa-mangsa yang terselamat. Pada hemat mereka yang masih tinggal di dalam khemah sementara wang pembinaan muzium yang bernilai jutaan ringgit ini lebih baik digunakan bagi membina semula rumah mereka yang musnah.
Laporan asal World Architech