Banjir Besar Di Pahang Berlaku Sebab BALA Kerajaan Negeri Luluskan Berhala Kuan Yin?

Apabila berlaku banjir teruk di Pahang, ada pihak mengaitkannya sebagai bala disebabkan projek  Spiritual Tourism City atau 1 Malaysia Spiritual Tourism (1MST) yang dirancang dilaksanakan di negeri tersebut.
Mengikut ‘angan-angan’ syarikat yang mahu mewujudkan 1MST iaitu Enchant Acres Sdn Bhd, mereka akan mendirikan kawasan tarikan pelancongan merangkap rumah ibadat berbilang agama termasuk Buddha, Tao, Hindu, Sikh, Confucian, Kristian, Sai Baba dan I-Kuan Tao di atas tanah seluas 500 ekar.
Kawasan ini akan turut menempatkan piramid 30 tingkat, patung Kuan Yin yang disembah penganut Buddha serta pusat pengumpulan abu mayat – semuanya yang terbesar di dunia!
Banjir Disebabkan Bala 1MST Tuduhan Mengarut
Selain itu, projek yang dirancang dimulakan pada penghujung tahun ini akan menempatkan bangunan komersial termasuk hotel, resort, tempat makan, kelab, pusat perniagaan dan institusi pendidikan.
Mengikut video dalam laman web syarikat terbabit, keluasan dan tarikan yang ditawarkan membuat pelancong memerlukan antara tiga hingga lima hari untuk melawat keseluruhan kawasan ini yang lebih luas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Apa yang ‘memanaskan’ keadaan, Enchant Acres menerusi laman web mereka mendakwa 1MST disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Malangnya, ramai yang terpengaruh dan menyangka perkara ini adalah benar dan mula mengaitkannya dengan bencana banjir yang melanda Pahang sekarang.
Perkara ini nyata tidak masuk akal kerana projek 1MST tidak mungkin jadi kenyataan malah Menteri Besar Pahang telah menjelaskan hal ini.
Berikut adalah kenyataan MB yang telah dikeluarkan sekaligus memberi penjelasan kronologi di sebalik projek 1MST:
1) Pada bulan Mei 2011, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan tanah seluas 250 ekar di Gambang kepada sebuah syarikat Melayu, Waras Mekar Sdn. Bhd. untuk tujuan pembangunan bercampur (membina rumah kediaman dan rumah kedai).
2) Waras Mekar Sdn. Bhd. mencari rakan kongsi untuk tujuan ini. Salah sebuah syarikat yang dirundingi adalah Enchant Acres Sdn. Bhd. dengan tujuan untuk pembangunan bercampur.
3) Belum pun apa-apa persetujuan dicapai, Enchant Acres Sdn. Bhd. telah membuat iklan untuk mewujudkan Spiritual Tourism City dan menjual lot-lot dengan tujuan mewujudkan satu tanah perkuburan untuk orang-orang bukan Islam khususnya orang China.
4) Enchant Acres telah mengutip wang dari bakal pembeli. Pihak Kerajaan Negeri menerima aduan dari ADUN PKR Teruntum menyatakan beliau menerima aduan dari ramai orang yang telah membayar wang membeli lot-lot kubur. Maknanya orang ramai ini telah ditipu oleh Enchant Acres Sdn. Bhd. 
5) Pihak Waras Mekar Sdn. Bhd. membuat Laporan Polis atas penipuan yang dilakukan oleh Enchant Acres Sdn. Bhd. 
6) Kerajaan Negeri akan membatalkan kelulusan kepada Waras Mekar Sdn. Bhd atas alasan Waras Mekar tidak memulakan projek selepas 2 tahun kelulusan diberikan dan tidak menjelaskan bayaran Premium Tanah sebanyak RM20 juta sebagaimana syarat-syarat kelulusan.
7) Kerajaan Negeri Pahang tidak akan membenarkan projek yang disebut sebagai Spiritual Tourism City atau 1MST dibuat di Negeri Pahang Darul Makmur.
Menerusi penjelasan ini, diharapkan orang ramai berhenti membuat spekulasi dengan mengaitkan banjir sebagai bala dan sebagainya.
Dalam keadaan sekarang adalah lebih baik kita bersatu bagi membantu mereka yang terlibat dengan bencana alam, bukan menuding jari mencari salah sesiapa. – REM RAMZI

Penipuan Enchant Acres:
spiritual-tourism-7:
spiritual-tourism-3
ktnspiritu?al
enchant_acres
 Sumber: mynewshub.m