Tarif Elektrik naik Januari 2014 – Kesan peningkatan kepada pemilik kereta elektrik

Jika anda memberi perhatian kepada berita di Malaysia , anda pasti tahu bahawa pengguna perlu bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik bermula  Januari 2014. Melainkan jika anda tinggal di kondo dengan status strata, kita semua harus membayar harga tenaga elektrik di bawah Tarif A – Tarif Domestik . Tenaga Nasional telah menyemak semula kedua-dua julat harga serta harga setiap kWh. Kadar baru adalah seperti yang ditunjukkan di atas.

Apa kaitannya dengan pemilik kereta? Sejak kereta elektrik sudah tiba secara rasminya di Malaysia, harga elektrik adalah sedikit sebanyak merupakan satu kebimbangan para pemilik kereta elektrik. Paultan telah membuat sedikit kajian untuk lihat berapa banyak tambahan kos bagi pemilik sebuah kereta elektrik seperti Mitsubishi i- MiEV atau Nissan Leaf di bawah tarif baru .

Di dalam kajian tersebut, sebuah Nissan Leaf telah dipandu setiap hari dalam tempoh enam minggu. Sepanjang enam minggu , pemilik kenderaan telah mengembara sejumlah 1,785 km, atau kira-kira 42.5km sehari. Untuk perjalanan 1,785 km, dia telah menggunakan 361.4 kWj elektrik sebelum perlu dicas semula.

Daripada data yang diberikan di atas, kita boleh dapati hanya 5 km diperolehi per kWh, atau dengan lebih tepatnya 4.94km setiap kWh. Berdasarkan kurungan harga tertinggi tarif lama, caj 45.4 sen dikenakan untuk setiap kWh, pemilik Nissan Leaf itu pada dasarnya membelanjakan RM164.08 sepanjang tempoh enam minggu. Pada tarif tersebut, harga per km adalah kira-kira 9.2 sen setiap km.


Tarif baru pula adalah 57.10 sen per kWh. Yang boleh diterjemahkan kepada 11.42 sen per km. Dengan jarak yang sama, iaitu 1,785 km, kos penggunaan elektrik akan menjadi RM203.85dan bukannya RM164.08 lagi.

Pemilik kenderaan ini yang dikenali sebagai Daniel Yap, juga memiliki Golf TSI , berkata berdasarkan gaya memandu yang sama (dengan Nissan Leaf), dia menggunakan 11.63 liter setiap 100km. Berjumlah 232.6 liter sebulan, atau RM488.46. Jurang perbezaan kos perjalanan antara Leaf dan TSI adalah sebanyak RM260 sebulan. Hampir separuh!

Anda miliki kenderaan elektrik? Kongsikan dengan kami berada banyak kenaikan yang bakal anda bayar di ruang komen di bawah.

SUMBER : Paultan