Berdasarkan siasatan ke atas kemalangan yang mengorbankan bintang Fast and Furious Paul Walker dan pemandu Roger Rodas, sumber penguatkuasaan undang-undang yang tidak dinamakan memberitahu Associated Press bahawa tidak ada tanda-tanda kegagalan mekanikal pada Porsche Carrera GT yang telah musnah dalam kemalangan tersebut.
Laporan dari The Huffington Post mendakwa pegawai yang berkenaan menyalahkan “kelajuan sahaja” dalam kemalangan maut tersebut. Laporan yang sama menolak kehadiran serpihan di jalan raya, yang mungkin telah menyebabkan Rodas hilang kawalan kereta V10 berkuasa super itu.
Jurutera dari Porsche telah diterbangkan ke California untuk menyiasat kemalangan itu dengan bantuan perakam on-board data Carrera GT. Sehingga itu, para penyiasat tidak lagi membuat spekulasi tetang kelajuan kereta itu sewaktu kemalangan terjadi.
Dah memang “Fast and Furious” kan?
SUMBER : The Huffington Post