(VIDEO) Bunuh Diri Terjun KB Mall - KELANTAN

Terkejut, tergamam, terpana kami sekeluarga. Menakutkan! Baru jer tengok Video Seorang Budak Perempuan Bunuh Diri dengan terjun dari KB MALL. Mujur tergerak hati nak jenguk Facebook tadi. Tak pasti apa motif budak perempuan ni cuba bunuh diri dengan terjun dari bahagian atas KB Mall. Mungkin sebab gagal ataupun kecewa dengan keputusan SPM yang diumumkan semalam, ataupun mempunyai masalah dalaman atau masalah dengan boyfriend atau masalah keluarga? Wallahualam.



Tak pasti bila tarikh dan masa sebenar kejadian ni berlaku. Tapi around petang2 dalam jam 4 – 5 petang tadi 24 Mac 2011 dan direkodkan dan dkongsi sendiri oleh perakam video tersebut yang berada di tempat kejadian KB Mall masa tu.


Video baru cuba-cuba nak terjun:


Mujur ada pasukan BOMBA yang pantas datang untuk cuba menyelamatkan cubaan bunuh diri budak ni. Berjayakah diselamatkan? 


Nasib baik umur masih panjang dan dikhabarkan budak perempuan ni hanya cedera ringan..dia selamat sebab pihak Bomba dan Penyelamat dah bersiap sedia dengan tilam di bawah. Alahai dik…tak tahu ke hukum bunuh diri tu haram? Tak cium bau syurga laa jawabnya. Banyak lagi cara lain untuk menyelesaikan masalah!

Hanya Orang Punyai Anak Tahu & Faham Tentang Belanja Anak-Anak – Rita Rudaini

Semuanya mahal belaka. Pampers, susu, ubat, baju dan alatan untuk anak bukannya murah. Secara jujur, nafkah sebanyak RM5,000 yang diminta oleh Rita terhadap Aidiladalah satu angka yang munasabah.

Bercakap kepada MalaysianDigest, Rita memaklumkan jumlah tuntutan yang dimintanya sudah ada diskaun. Kata Rita:-

Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja. Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak.

Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya… orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan?

Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya


(Gambar) Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun?



Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.

Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.
Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan.






Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.
Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’.
Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau ‘Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya’.
Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China. SUMBER