Gadis Seminggu Couple Kena Penyakit Panau


Gadis seminggu couple kena penyakit panau - Korang masih ingat tak kontroversi seorang pelajar perempuan yang mengaku mahu sehidup semati dengan kekasihnya walaupun baru seminggu couple? Terbaru, si gadis kecik molek itu mendakwa dirinya kini sedang menghidap penyakit panau di bahagian mulutnya. Kesian ke tak budak ni?

Anyway, korang baca sendiri pengakuannya di bawah yang dicopy n paste secara terus dari laman blog miliknya.

"Haihai! :) Assalamualaikum, Ape khabar? Baik tak? Wani tak sihat sangat ni. Semalam kene amik darah sebab ade jangkitan kuman. Apepepun bukan itu yang Wani nak kongsikan, Harini Wani nak kongsikan untuk anda semua spertimana tittle entri wani kat atas tu :D

Ahaa, memang tidak adil kadangkala apa yang kita mahukan tidak mungkin dimiliki oleh kita kan? Kadangkala apa yang kita tidak jangka kan itu lah yang nak berlaku kan? Jadi perlulah berhatihati daam melakukan sesuatu okay? 

Memang ada kalanya ape yang kite nak tak tercapai tapi kite kena lah yakin bahwa mesti ada hikmah disebalik semua itu kan?

Wani nak ambil contoh dan ikbar untuk semua pada diri Wani sendiri. Okay, cube tengok picture kat bawah ni, Tengok lame2.

Okay, tengok muke wani tu? Kat disebelah mulut tu? Ade warna putih kan? Ituu adelah fungi in the lower layers of the skin. Sekarang ni, Parents Wani lebih rancak mengubati. Kami hanya mampu berusaha tapi yang mengubahnya adalah Allah S.W.T 

Ramai jugak yang cakap bukanbukan tentang muke ni tapi Wani kuat, Wani yakin mesti ada something yang akan Allah tunjukkan.

Okaylah, Setakat ni je kot. Otak pun tak berfungsi sangat sebab sakit kepala lagi. Doktor bagi cuti 2 hari jee. Hm, Besok dah kene kesekolah. Apepepun korang takecare. Jangan sesekali bagi nyamuk dekati anda. Takot denggi nanti kene amik darah macam saya. Sakit tauu. Byebye :)"



Amalan Penting Agar Bebas Dari Siksa Kubur

Amalan Penting Agar Bebas Dari Siksa Kubur | Kubur adalah tempat persinggahan kita yang pertama. Kalau mudah di kubur insyaAllah akan mudah pada alam yang seterusnya, Jika susah dikubur , maka yang seterusnya akan lebih susah lagi. Berikut adalah amalan yang sohih yang mudah di amalkan agar kita terlepas dari azab kubur.

Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda : “sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu Surah Al-Mulk”(Tabaarakal-Lazi).”
Daripada Annas Ibnu Malik berkata”Nabi s.a.w telah bersabda : “Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada Kitab Allah kecuali “ Tabaarakal-Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya Malaikat.Maka Surah itu telah menahan wajahnya dan Malaikat berkata pada Surah itu. Sesungguhnya kamu daripada Kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia(si mati), jadi pergilah menemui Allah S.W.T. Dan mintalah syafaat daripadanya.Maka dia pun(surah) menemui Allah S.W.T Dan berkata : “Wahai Tuhanku,sifulan ini(si mati),dia memilih saya dalam Kitab-Mu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyiksanya, walhal saya di dalam dadanya.Maka jika Engkau ingin berbuat demikian ,jadi padamlah saya dari Kitab-Mu. Dan Allah S.W.T berfirman: “Aku nampak kamu marah.” Dia menjawab(surah): Sesungguhnya saya marah. Allah S.W.T berfirman:”Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya.”
Nabi s.a.w bersabda:”Surah itu datang kepada Malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.
Maka Surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya.Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.
Maka Surah itu bersama si mati di dalam kuburnya supaya dia tidak berasa kesunyian.”
Annas berkata:”Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan,kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu yang menyelamatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Katsir)
Daripada Annas Ibnu Malik berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu (Tabaarakal-Lazi)
(Hadis riwayat At Tabarani).
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah s.a.w telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan Surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah s.a.w saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam.”Nabi s.a.w. Itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada siksaan kubur. (Hadis riwayat At-Tarmizi)
Daripada Jabir r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, Al-Sajadah dan Al-Mulk. (Hadis riwayat At-Tarmizi)
Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al-Quran.
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Adakah kamu mahu saya khabarkan kepada kamu satu hadis yang menggembirakan kamu,ia berkata bahkah!”
Beliau(Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu, Sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat Hari Kiamat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah S.W.T menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat daripada siksaan kubur.
Dan Nabi s.a.w bersabda: “Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku.” (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

Gadis Melayu 14 tahun cuba bunuh diri kerana tekanan perasaan

DUNGUN – Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah ini nekad untuk membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.
Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat perbuatan di luar kewarasannya itu.

Gambar Hiasan

Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal berdepan hukuman penjara atau denda.
Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.
“Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini merupakan pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar tidak melakukan perbuatan ini kerana ia salah di sisi agama dan undang-undang,” luah gadis 14 tahun yang berhadapan dakwaan cuba membunuh diri itu.
Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pelajar yang berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.
Dia dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.