Panas - BeginiLah Sebahagian Kehidupan Remaja Zaman Sekarang

Masa remaja adalah masa yang paling hebat dan syok dalam hidup seseorang. Di masa remaja itu juga proses pencarian jati diri bermula..di situlah juga kia mengenal bermacam² jenis manusia. Dan, disanalah para remaja banyak yang terperangkap dalam pergaulan bebas.pergaulan bebas di kalangan remaja telah mencapai tahap membimbangkan terutamanya dalam soal pergaulan bebas atau seks..


Mereka begitu mudah memasuki tempat-tempat khusus orang dewasa, apalagi bila malam minggu. Pelakunya bukan hanya kalangansekolah menengah, bahkan sudah merebak  di pelajar kolej dan universiti... Banyak kes remaja wanita yang hamil kerana hubungan seks dengan teman lelaki padahal mereka tidak mengerti dan tidak tahu apa risiko yang akan dihadapinya,'' Ini adalah contoh dari pergaulan bebas. Sebagai orang tua, harus lah pintar mendidik dan mengawasi perkembangan kanak-kanak, yang sering terjadi pada masyakarat kita adalah kurangnya perhatian dan pendidikan terhadap anak, akibatnya anak akan bertindak di luar batasnorma norma kehidupan yang ada.

Dan inilah sebahagian contoh kehidupan remaja sekarang..


JENAYAH - Wanita Dicekup Kerana Bernafsu Binatang



Gambar Hiasan

BEIJING - CHINA. Seorang wanita Cina ditahan atas dakwaan membunuh dua kanak-kanak dan menyebabkan 30 yang lain jatuh sakit akibat keracunan makanan di sebuah tadika. 

Pegawai polis daerah Qiubei memberitahu media, suspek Zhao Jianzhi, 44, seorang pengawal keselamatan di premis tersebut dipercayai berang kerana dipaksa meninggalkan kuarters yang didudukinya sejak tiga tahun lalu. 

"Suspek didakwa meletakkan racun ke dalam makanan ringan dan meninggalkannya di dalam kelas. "Dua budak perempuan berusia empat dan lima tahun meninggal dunia dan lima yang kini berada dalam keadaan kritikal," katanya dipetik dari laporan Channel News Asia. 

Sebanyak 25 lagi mangsa kini sedang mendapatkan rawatan dan ada di antara mereka telah keluar dari hospital.

NASIB - DERITA GADIS 13 TAHUN DIROGOL ABANG IPAR SEJAK BERUSIA 6 TAHUN







KEMAMAN – Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun melalui detik hitam kerana bukan sahaja dipercayai dirogol abang ipar berulang kali sejak berusia enam tahun, malah dia turut diugut bunuh jika membocorkan perkara itu.
Abang ipar mangsa juga mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam perjalanan menghantarnya ke rumah selepas mengambil mangsa dari sekolah.
Mangsa yang tinggal di sebuah kampung di Kemasik menjadi pemuas nafsu serakah abang iparnya sehingga berusia 11 tahun dan kali terakhir diperkosa pada Mac 2009.
Dia membuat laporan polis di Balai Polis Air Jernih pada jam 2.36 petang semalam.
Difahamkan, mangsa hanya memaklumkan kepada kakaknya pada 2009, menyebabkan dia terkejut. Namun kerana tidak mahu memanjangkan cerita, perkara itu tidak dilaporkan kepada polis.
Kakaknya yang kini dalam proses penceraian bertindak membuat laporan polis semalam agar tindakan dapat diambil terhadap suspek.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak daripada laporan itu polis telah meninjau dan menyiasat lokasi yang menjadi tempat mangsa dipercayai dirogol di kawasan Bukit Kijang.
“Siasatan mendapati lokasi kejadian ialah dalam sebuah kebun pisang yang dikelilingi semak samun dan kebun getah milik orang. Lokasi kejadian jauh masuk ke dalam dengan jarak satu kilometer dari jalan utama Kampung Bukit Kijang.
“Lokasi kejadian juga bersifat tersorok dan sukar dilihat orang ramai tetapi lokasinya terang pada siang hari.  Selain itu, siasatan juga mendapati tiada rumah orang berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya hari ini.
Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu suspek, yang juga seorang bekas pekerja kilang.