‘Selamat Malam Pesawat M’sia 370′ – Perbualan Terakhir MH370 Di Dengar

370
KUALA LUMPUR - “Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong” adalah perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Kementerian Pengangkutan malam Isnin.
Menurut kenyataan kementerian perbualan itu dirakamkan pada jam 0119 (waktu Malaysia) 8 Mac.
Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa masih menjalankan penyiasatan forensik untuk menentukan sama ada perkataan terakhir yang dirakamkan dari kokpit itu diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan persoalan yang dibangkitkan semasa sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin berhubung komunikasi terakhir antara kokpit dan pengawal trafik udara.
Kenyataan itu menyebut Hishammuddin juga telah mengarahkan pasukan penyiasatan supaya mengeluarkan transkrip penuh itu, yang akan diberikan semasa taklimat kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370. – BERNAMA

MH370: 10 Pesawat, 9 Kapal Laut Cari Pesawat Hari Ini Di Teruskan

MH370: 10 Pesawat, 9 Kapal Laut Cari Pesawat Hari Ini
CANBERRA – Sebanyak 10 pesawat dan sembilan kapal akan membantu operasi mencari pesawat MH370 hari ini, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
JACC yang diwujudkan semalam dan diketuai bekas Mashal Udara Angus Houston di Perth bagi menyelaraskan peranan kerajaan Australia dalam operasi mencari dan menyelamat.
Pusat itu juga akan menyalurkan maklumat secara tepat kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan dan memaklumkan kepada pesawat mengenai maklumat terkini.
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, kawasan pencarian akan meliputi 120,000 kilometer persegi, barat Perth.
Pesawat dan kapal yang terbabit operasi terbabit ialah dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia; Ilyushin IL-76 China; P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat; Gulfstream Jepun; P3 Orion Korea Selatan; P3 Tentera Udara Diraja New Zealand dan P3 Orion Jepun serta sebuah pesawat awam yang menyediakan bantuan sistem komunikasi. – Xinhua

MH370# - Senarai Kekuatan Pencarian Di Lautan Hindi 31 Mac 2014

www.mynewshub.my

Hari ini, sembilan pesawat tentera dan satu pesawat awam digunakan dalam proses mencari MH370 di selatan Lautan Hindi.
Kapal-kapal berkenaan adalah;
Dua C-130 Malaysia
Satu Ilyushin IL-76 China
Satu Pengawal Pantai G5 Jepun
Satu P3 Orion Australia
Satu P3 Orion New Zealand
Satu pesawat awam New Zealand
Satu P8 Poseidon Amerika
Satu P3 Orion Jepun
Satu P3 Orion Korea

(KLIK – Pencarian MH370 Mungkin Makan Masa Bertahun-Tahun)
11 kapal laut turut digerakkan ke kawasan pencarian iaitu;
Lapan Kapal China:
-  Xue Long
-  Kunlunshan
-  Haikou
-  Qiandaohu Jian
-  Jing Gang Shan
-  Haixun
-  Dong Hai Jian
-  Nan Hai Jian

Tiga kapal Australia:
- HMAS Success
- HMAS Toowoomba
- MV Barkley Pearl (sedang transit di kawasan pencarian)

Kapal Malaysia, KD Lekiu dijangka tiba ke kawasan mencari pada 3 April
ADV Ocean Shiled – Kapal yang digunakan untuk mengesan kotak hitam dan Bluefin 21 (kenderaan dalam air) – dijangka tiba di lokasi mencari pada 3 April- Mynewshub.my
Sumber rujukan: http://www.mirror.co.uk/