Pengamal Perubatan Islam Memdedahkan Lokasi MH370 Mungkin Berada Dalam Lingkunan..

Pengamal Perubatan Minta SAR Cari Di Daratan Pula

Pengamal perubatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar memohon kepada pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) agar memanjangkan usaha ke daratan pula.
Tuan Asmawi yang ditemui Mynewshub berkata, cadangannya bagaimanapun tidak bermaksud dia mahu mengambil kedudukan sebagai peramal atau penilik nasib.
Sebaliknya ia berdasarkan penelitian yang dibuat selepas melaksanakan solat istikharah, solat hajat, solat taubat dan sebagainya sebagai ikhtiar bagi membantu merungkai misteri di sebalik kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas.
(KLIK – 4 Jam Masa Penerbangan – Bermakna MH370 Telah Bergerak 2,200 Batu Nautika)
“Ada kenyataan dikeluarkan sebelum ini menyatakan pesawat berpatah balik. Saya menyeru pihak SAR lebih tumpukan usaha pencarian ke daratan pula di sekitar Laut China Selatan melibatkan Terengganu, Kelantan, Pahang termasuk Vietnam juga tetapi bukan lagi di laut,” ujarnya.
(BACA – #MH370: Laman Web Jual ‘Tikar Terbang’ RM99,900)
Menurut Tuan Asmawi, harapannya itu tidak bermaksud dia memperoleh alamat melalui mimpi.
Bagaimanapun kata pengasas program terbitan Astro, Imam Muda dan Ustazah Pilihan ini; Allah SWT kadangkala memberikan ilham untuk lebih memudahkan jalan.
- REM RAMZI

Pencarian MH370 Masuki Fasa Baru Dan Terbahagi Pada Koridor Utara & Selatan Namum Belum Dapat Ketahui Puncanya Dan Jumpa...

#MH370 - MAS
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Najib Tun Razak menerusi sidang media sebentar tadi, mengumumkan bahawa siasatan kes kehilangan pesawat MH370 sejak awal pagi Sabtu lalu kini memasuki fasa baru.
Hal ini susulan maklumat terbaru yang diterima Kerajaan Malaysia, termasuk waktu terakhir komunikasi pesawat dengan radar primari adalah 8.11 pagi, Ahad lepas.
Justeru, usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) yang sebelum ini ditumpukan di sekitar Laut China Selatan akan ditamatkan manakala penyiasatan akan ditumpukan kepada  dua blok iaitu koridor Utara dan koridor Selatan dengan pertambahan bilangan aset.
Koridor Utara meliputi sempadan Thailand ke semadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor Selatan, merentasi Utara Indonesia hingga Selatan Laut Hindi.
Kenyataan Najib ini sekaligus menjelaskan mengapa ramai diplomat asing turut menghadiri sidang media hari ini.
Fullscreen capture 3152014 15032 PM
Fullscreen capture 3152014 14350 PM
Ia disebabkan Kerajaan Malaysia akan memberi taklimat khas kepada wakil kedutaan luar negara terlibat yang mungkin dapat membantu usaha terbaru pencarian pesawat MH370 yang kian misteri.
Biarpun media sudah mula melaporkan bahawa berlaku rampasan pesawat MH370, Najib bagaimana pun memilih untuk menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia masih menyiasat punca sebenar mengapa pesawat tersebut dilencongkan daripada destinasi asalnya.
- REM RAMZI MYNEWSHUB

MH370 Belum Jumpa Tp - Ada Plak Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam, Disahkan Empat Maut.. .

Lima Maut Di Konsert Bukit Jalil Semalam
Acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, mencatat tragedi apabila sekurang-kurangnya empat penonton konsert maut dipercayai kerana sesak nafas.
Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 Mac 2014 membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, antaranya Pharrell Williams dan Yuna.
fmfa2014_1
Konsert anjuran Livescape Asia dan dianggarkan dihadiri lebih 85,000 peminat muzik seluruh dunia ini merupakan sinambungan daripada kejayaan konsert serupa tahun lepas di Sepang yang dihadiri lebih 40,000 orang.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa dilaporkan Berita Harian mengesahkan kejadian ini malah memberitahu, lima lagi individu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). – REM RAMZI