Pentagon Merasakan ransponder Sengaja Dimatikan? Boleh Hilang Tiba-Tiba..

KONGSIKAN : Hanya Ada DUA CARA Untuk Menemui Pesawat MH370 - Kapten Norudin
ABC News hari ini melaporan pihak Pentagon percaya tindakan menutup dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang berlaku berasingan, memberi petunjuk ia dilakukan dengan sengaja.
Laporan agensi media itu juga memaklumkan dia pegawai Amerika Syarikat berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada pukul 1.07 pagi sementara alat transponder dipadamkan pada pukul 1.21 pagi Sabtu lepas.
Ia berlaku ketika pesawat yang diketahui membawa 239 orang penumpang itu hilang dari liputan radar.
“Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan,” kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan oleh ABC.
Transponder adalah alat pada radar atau satelit yang menerima isyarat dan memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza, ini merupa­kan peralatan satelit untuk menerima isyarat dari sesebuah stesen lain ke bumi.
Menurut laporan itu, pasukan AS yakin wujudnya campur tangan secara manual, dan ia nampaknya bukan kemalangan atau kerosakan, yang menyebabkan pesawat itu hilang dari langit.
Terdahulu, dilaporkan bahawa satelit mengesan denyut elektronik yang lemah dari pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu selepas ia hilang pada Sabtu, tetapi isyarat itu tidak memberikan sebarang maklumat di mana arah pesawat tersasar itu.
Amerika Syarikat, yang turut menyertai operasi mencari pesawat hilang itu berkata, kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi, selaras dengan teori menyatakan kapal terbang itu mungkin beralih laluan ke barat selepas sejam berlepas dari Kuala Lumpur.

Bomoh Sudah Emosi ? Apa Dah Panas Bomoh VIP, Ugut Ingin Saman Pihak Yang Kecam Ritualnya !!!~

1403KLIABomoh

BOMOH VIP atau dikenali sebagai Ibrahim Mat Zin buat ugutan akan menjalankan tindakan saman ke atas sesiapa yang mendakwa perbuatan pihaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Isnin lepas melanggar syarikat Islam.
Tiga orang pengikut Ibrahim pada kejadian itu duduk di atas sehelai tikar seperti tikar terbang dalam filem Laksamana Do Re Mi dengan memegang tongkat, bakul rotan dan buah kelapa.
Kemudian, mereka mendayung di atas tikar berkenaan seperti menaiki sampan dengan mengucapkan kalimah “Allahu Akbar” yang jelas tidak mengkiut landasan syariat Islam.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Ibrahim mendakwa upacara itu menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.
“Pengunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua-tua dan bukannya untuk dipuja.
“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya.
Ekoran kejadian itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan pihak Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh Ibrahim untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Menurut Shahidan amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.
Ibrahim sebenarnya muncul dua kali di KLIA dengan kali pertama dia melakukan ritual dengan menggunakan dua teropong buluh dan bubu ikan dan pada hari kedua barulah ritual “tikar terbang” dilakukan.
Tindakan itu menerima kecaman pelbagai pihak kerana dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA. – MYNEWSHUB.MY

Laman Web Jual ‘Tikar Terbang’ Untung RM99,900 ! Gara-Gara ritual pelik dilakukan bomoh Ibrahim Mat Zin ?

'Tikar Terbang' Bomoh Do Re Mi Dijual Di Internet



Siapa sangka, di sebalik kes kehilangan pesawat MH370 yang menggemparkan seluruh negara ada perkara lain yang tiba-tiba mengalih tumpuan masyarakat dunia terhadap Malaysia.
Gara-gara ritual pelik dilakukan bomoh Ibrahim Mat Zin di KLIA tempoh hari ketika media asing turut berada di sana, perkataan “bomoh” menjadi trending seluruh dunia apabila ia ditwit lebih daripada 200,000 kali.
1
Bagaimanapun menurut laporan BBC, kebanyakan status Twitter mengenai bomoh memperkatakan tentang tindakan itu telah memalukan Malaysia.
Twit-twit berkenaan merupakan respon terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang muncul sebanyak dua kali di KLIA, selepas mendakwa dirinya dijemput individu tertentu untuk membantu mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.
BACA: Bomoh ‘Do Re Mi’ Tidak Diupah Oleh BN – Shahidan
Antara aksi Ibrahim yang mendapat tumpuan ramai adalah mengenakan jampi menggunakan kelapa, teropong buluh dan bubu yang didakwanya  dapat mengesan kedudukan pesawat.
Tak cukup dengan itu, Ibrahim kembali muncul dengan ‘tikar terbang’ dan buah kelapa dua hari kemudiannya.
IMG20140310WA0014 1203BomohTikar
Susulan liputan meluas tentang Ibrahim, banyak aksi parodi mula muncul di laman siber bagi mengejek perbuatannya.
Bukan itu sahaja, sebuah laman web parodi Bomoh Gadgets Malaysia yang menjual peralatan berbomohan turut diwujudkan.
Antara yang ‘dijual’ di situ adalah tikar terbang berharga RM99,900 selain bubu, payung dan rotan buluh.
gadget  Gara-gara Nujum Do Re Mi "Bomoh" Trending Di Twitter
Erm, kalau bab-bab parodi ni memang gigih sungguh rakyat Malaysia kan.
Apa pun, diharapkan perkara sebegini tidak melencongkan tumpuan kita terhadap nasib pesawat MH370 yang masih memerlukan doa seluruh rakyat Malaysia untuk ditemui semula. – REM RAMZI MYNEWSHUB