Ada Ke Anggota Polis Menangis Apabila Ditukarkan Balai Disebabkan Memlarikan Pistol !!!

Anggota Polis Menangis Ditukarkan Balai Larikan Pistol Sebelum Ditangkap

KOTA KINABALU – Seorang konstabel polis yang mengamuk dengan bertindak mengambil pistol dan membawa lari kereta polis keluar dari balai tanpa kebenaran telah ditangkap di Tawau.
Konstabel itu dilaporkan marah dan tidak berpuas hati apabila beliau disenaraikan sebagai salah seorang daripada kakitangan yang akan dipindahkan ke balai polis lain.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata lelaki dalam lingkungan umur 30-an itu telah ditangkap selepas meninggalkan balai polis kira-kira sejauh 600 meter dalam kejadian pukul 12.50 pagi, 22 Februari lalu.
Seorang anggota polis yang melihat dia sedang menangis di sebelah kenderaan bersama dengan pistol menenangkannya sebelum membawanya ke balai polis, katanya.
“Ini merupakan kes serius dan dia akan didakwa kerana mencuri kenderaan polis serta pistol,” katanya, sambil menambah jabatan polis akan menubuhkan sebuah unit integriti untuk memantau sikap, etika kerja dan prestasi kakitangannya, Selasa.
Hamza berkata ini merupakan antara kes baru melibatkan masalah disiplin anggota polis dan kes-kes tersebut tidak akan diambil ringan. – The Star

TONTON VIDEO: Abe Muse Yang Suka Bergurau Dengan Celcom.. Lawak Gila !!!

SEORANG remaja lelaki bernama Abe Muse sememangnya terkenal di laman Facebook sebagai seorang pakar membuat gurauan di Malaysia.
Laman Facebooknya sudah mendapat Likes sebanyak kira-kira 200,000.
Kegemaran Abu Muse ialah beliau suka membuat gurauan melampau kepada beberapa jenis mangsa antaranya operator pandu lalu Mc’Donalds dan juga antara kegemarannya ialah membuat gurauan ke atas operator pusat panggilan Celcom.
Pada kali ini, Abe Muse menyamar menjadi Mr KonarLepe dan bertanyakan tentang kenapa kredit talian pra-bayarnya kerap habis tanpa mengetahui ke mana ia digunakan.
Sudahlah bercakap Inggeris dalam tatabahasa yang tidak betul, Abe Muse konon-konon mahu menyamar seperti seorang warga asing yang betul-betul menghadapi masalah dengan taliannya.
Kasihan operator itu dipermainkan oleh dia. Salah satu operasi standard operator pusat panggilan ialah, mereka perlu melayan setiap panggilan biarpun sepelik mana panggilan itu.
Mereka hanya boleh menolak untuk mengambil sesuatu panggilan jika panggilan itu mempunyai unsur membahayakan nyawa atau ugutan kepada operator sahaja.
Selagi panggilan itu tiada unsur jenayah, seseorang operator panggilan telefon itu perlu melayaninya dengan penuh kesabaran kerana kesemua panggilan akan dirakamkan.
Jom Layan video tersebut di bawah...

Nak Tahu Perbezaan Hukum Hudud dan Hukum Sivil ?





SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah