Masya’Allah… Serban Serta Kopiah 22 Tahun Ditemui Masih Elok Dan Tidak Reput !!!

Serban, Kopiah Masih Elok
SUNGAI PETANI – Kerja penggalian 11 kubur di pekarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, dekat sini, semalam, menemui serban dan kopiah putih dalam keadaan masih elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu.
Kecuali kopiah yang hanya terkoyak sedikit di bahagian atas, serban itu masih tidak terjejas dan melilit dalam bentuk asal.
Penemuan itu terhasil apabila Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib memantau kerja penggalian semula kubur berkenaan untuk dikebumikan di tanah perkuburan lain di dalam masjid berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pembesarannya.
Serban dan kopiah itu milik Allahyarham Shamsudin Abas yang meninggal dunia ketika berusia lebih 80 tahun pada 1992 dan dikebumikan di masjid itu yang dibina pada 1942.
Cucu ketujuhnya, Rohana Shamsudin, 48, berkata, arwah datuknya dikebumikan bersama serban dan kopiah selepas sakit tua selama dua bulan. – Harian Metro

Makhluk Halus Yang Menyerupai Julia Ziegler, SANGAT MENAKUTKAN !!!

Makhluk Halus Menyerupai Julia Ziegler - Pengarah
PETALING JAYA – Pengarah filem Aku Akan Muncul iaitu Roy Krishnan berkata, dia dan kru produksi diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran filem tersebut di sebuah hutan di Kota Tinggi, Johor pada Oktober 2012.
Roy berkata, atas faktor keselamatan, pihak produksi telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memanggil seorang ustaz untuk menghalau makhluk-makhluk halus itu agar penggambaran dapat dijalankan dengan lancar.
Makhluk Halus Menyerupai Julia Ziegler - Pengarah
“Bayangkan, ketika mula-mula menjalani penggambaran, ada saja benda pelik yang kami lihat sehingga menimbulkan rasa seram.
“Malah ada kru produksi melihat kelibat pelakon kami iaitu Julia Ziegler pada pukul 3 pagi sedangkan ketika itu dia sudah pun pulang ke hotel. Tanpa membuang masa kami terus memanggil seorang ustaz memasang ‘pagar’ agar kami tidak diganggu,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Roy, dia juga bersyukur walaupun melihat kelibat makhluk tersebut, namun pelakon-pelakon yang terlibat tidak diganggu termasuklah dirasuk ataupun mengalami histeria.
Selain Julia Ziegler, filem seram terbitan RM Vision Film Production Sdn. Bhd itu turut dibarisi pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Mutalib (Allahtyarham), Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Noor Akma, Zaibo dan Musly Ramly.
Barisan pelakon-pelakon baharu pula terdiri daripada Abam (Bochey), Syafiq, Megat Samsuddin, Alfie, Firah, Shairah dan Azura.
Ia mengisahkan tentang Kesuma (Julia) yang memiliki raut wajah yang cantik, tetapi gemar membandingkan kecantikannya itu dengan rakannya Mawar sehingga membuatkan rakan-rakannya yang lain seperti bosan dengan tingkah lakunya.
Bagaimanapun, kecantikan yang dimiliki Kesuma tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan kemalangan ketika mencari inai.
Akibatnya, wajah Kesuma telah menjadi buruk dan untuk memulihkan wajahnya itu, Kesuma meminta bantuan Mak Yam (Maimon) yang cukup terkenal sebagai seorang dukun yang hebat.
Makhluk Halus Menyerupai Julia Ziegler - Pengarah
Dalam pada itu Beritahu Roy, karyanya akan dilihat berbeza berbanding filem lain di mana kesemua babak yang melibatkan hantu telah disunting dalam bentuk teknik pengimejan berkomputer (CGI) oleh pakar penyunting di India.
“Saya tampilkan filem ini dengan pengarahan yang sangat lain daripada yang lain. Bukan setakat CGI yang kami fokuskan tetapi juga penggunaan teknik kamera dan sinematografi supaya filem ini nampak lebih cantik,” ujarnya.
Aku Akan Muncul bakal ditayangkan bermula 27 Februari 2014. - mStar Online

Demi Keselamatan Diri !!! PM Thailand Dah Lari Tinggalkan Bangkok, Lokasinya Di Mana ?

PM Thailand Dah Lari Tinggalkan Bangkok, Sekarang Di Lokasi Rahsia
BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, yang menjadi sasaran penunjuk perasaan anti-kerajaan yang menduduki beberapa kawasan di Bangkok sejak beberapa minggu lalu, sudah meninggalkan ibu negara dan tinggal di satu tempat 150 kilometer (km) dari sini, menurut pejabatnya tanpa menyatakan lokasi itu.
Pegawai pejabatnya memberitahu wartawan bahawa Yingluck tidak berada di Bangkok dan meminta mereka mengikuti konvoi di luar bandaraya itu di mana beliau “melaksanakan tugas rasmi” di lokasi 150km dari sini.
Pejabatnya enggan mengesahkan sudah berapa hari Yingluck bertugas di luar ibu negara Thai itu.
Kali terakhir beliau dilihat di Bangkok ialah pada Selasa lalu dan beliau dijadualkan menghadiri pendengaran tuduhan rasuah Khamis ini. – Reuters