Tidak dinafikan, segelintir daripada kita amat liat untuk ke sekolah
terutama di awal pagi. Jika sekolah di sesi petang, terlajak tidur
mungkin berlaku. Namun tidak kepada murid-murid di sekolah Jawa Tengah
ini. Mereka dikatakan telah keluar seawal 3 pagi semata-mata untuk
merebut kerusi dalam kelas. Mengapa ya kerusi mahu direbut? Tidak
cukupkah prasarana di sekolah tersebut? rupa-rupanya mereka sanggup
datang awal untuk merebut kerusi di bahagian hadapan. Hebat!
Siapa Sangka!!! Budak 9 Tahun Nyaris Buta Dilempar Botol Bir..
Seorang kanak-kanak perempuan di Stanley, County Durham, England nyaris buta apabila botol bir tiba-tiba dilempar ke tingkap kereta yang sedang dinaiki kanak-kanak ini bersama keluarganya.
Lemparan kuat itu membuatkan cermin kereta pecah lalu terkena Abbey Keers, 9, yang duduk di kerusi belakang.
Pada kejadian Jumaat minggu lalu, Abbie mengalami kecederaan di dahi, tangan dan hidung selain sekitar mata kanan hingga membuatkannya terpaksa menjalani pembedahan.
Menurut ibu Abbie yang berada bersamanya dalam kereta Punto ketika insiden berlaku, anaknya kini trauma untuk melihat wajah sendiri di cermin kerana ia mengingatkannya detik-detik menyakitkan itu.
Pihak polis menyifatkan kejadian ini dilakukan pihak tidak bertanggung jawab dan kini sedang menyiasat pelakunya.
Bagaimanapun, ibu Abbie serta nenek dan adiknya yang turut berada dalam kereta ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan. - REM RAMZI
Sumber: Metro UK
(Pelik) Gadis Sikh Janggut N Jambang Tidak Dapat Dipisahkan..
BAYANGKAN anda seorang wanita yang ditumbuhi janggut dan jambang sama seperti lelaki.
Adakah anda mampu melalui ‘keanehan’ ini tanpa rasa malu seperti Harnaam Kaur, 23, yang berasal dari Slough, Berkhshire ini?
Dilahirkan normal, Kaur mula ditumbuhi jambang seawal usia 11 tahun lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)