Akibat Komen Pedas Dalam Maharaja Lawak Mega, Saya Diugut Bunuh !

Akibat Komen Pedas, Saya Diugut Bunuh
SALAH seorang juri tetap MLM 2013, Sheikh Haikel juga artis dari Singapura mengakui terpaksa mengupah seorang pengawal beribadi selepas menerima ugutan bunuh angkara komennya yang tidak disenangi sesetengah peminat fanatik  MLM 2013.
Jelas selebriti berusia 38 tahun ini, ekoran kritikan yang membina yang diberikan olehnya kepada para peserta di gelanggang MLM 2013, dia menerima ancaman bunuh menerusi laman media sosial dan semakin berhati-hati jika mahu bergerak kemana-mana mahupun berhadapan dengan peminat fanatik MLM menurut astrogempak.
“Baru-baru ini saya dan isteri telah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik peserta dari MLM. Lebih mengejutkan, ugutan tersebut turut meilbatkan anak-anak saya. Peminat tersebut mengancam mahu langgar anak-anak saya jika kami sekeluarga berada di Malaysia. Saya amat terkejut juga  dengan ancaman tersebut.
“Saya pun tidak berapa pasti komen  yang mana saya berikan kepada peserta MLM sehingga mengguris hati individu tersebut sebagai salah seorang peminat fanatik. Secara jujurnya komen yang saya beri berdasarkan apa yang saya lihat dan bukan pedas atau hentam semata-mata,” jelas Sheikh Haikel.
Akibat daripada ancaman tersebut, Sheikh Haikel telah mengupah seorang pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan dua anaknya.
“Saya telah mengupah seorang pengawal peribadi ketika berada di Malaysia semasa menjadi juri MLM malah di Singapura juga saya buat perkara demikian bagi menjaga keselamatan keluarga,” ujar Sheikh Haikel pendek.

Konsert Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit Feb Ini… Harga Tiket Cecah RM2,000!

Konsert Shah Rukh Khan Dan Madhuri Dixit Feb Ini, Tiket Cecah RM2,000!
DATUK Shah Rukh Khan dan artis Bollywood yang lain akan menjayakan konsert Temptation Reloaded pada 15 Februari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Harga tiket untuk konsert yang di beri nama ‘Temptation Reloaded bersama Datuk Shah Rukh Khan’ itu akan dijual pada harga RM2,000 untuk tempat duduk jenis Diamond.
Tiket lain boleh didapati dari harga RM1000 sehingga RM100 mengikut barisan tempat duduk yang disediakan.
Lebih menarik, Shah Rukh Khan akan turut membuat persembahan bersama nama besar lain seperti Madhuri Dixit, Rani Mukerji, Jacqueline Fernandes, Arijit Singh dan Mr Meiyang Chang.
Konsert ini dibawakan oleh We love Asia dan Hitman Solutions serta disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Visit Malaysia 2014.
Turut sama menaja adalah Astro dan Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket boleh layari laman web rasmi Temptation Reloaded.

SKMM Cepat Tutup FB Anti Kristian Tetapi Tidak FB Anti Islam! – PERKASA

SKMM Cepat Tutup Facebook Anti Kristian Tetapi Tidak Anti Islam! - PERKASA
Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mempersoalkan tindakan pantas Suruhanjaya Komunikasi Media Multimedia (SKMM) menutup laman Facebook yang dikatakan menghina agama Kristian tetapi lambat bertindak apabila ia berkaitan agama Islam.
Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali , agak menghairankan apabila SKMM tidak bertindak biarpun laporan polis dibuat terhadap beberapa laman sesawang dan Facebook yang menghina umat Islam di negara ini.
“Perkasa ingin bertanya kepada SKMM, mengapa begitu cepat bertindak terhadap akaun Facebook menghina Kristian tetapi tiada satu pun tindakan diambil terhadap Facebook yang menghina kesucian Islam walau sudah banyak aduan dibuat,” kata Syed Hassan dalam satu kenyataan lewat petang tadi di Kuala Lumpur.
Perkasa turut menuntut SKMM agar tidak bersikap memilih dalam mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat kerana agak mengecewakan apabila melihat begitu banyak penghinaan terhadap kesucian Islam sedangkan pihak bertanggungjawab seperti SKMM hanya memandang ringan mengenai isu tersebut.
“Perkasa menunggu pula reaksi daripada pertubuhan yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengapa tidak menyelar SKMM kerana menyekat kebebasan bersuara apabila laman Facebook tersebut ditutup.
“Adakah mereka juga memilih untuk membuat kritikan? Apabila Islam dihina dan kita menggesa tindakan diambil maka ia dilihat sebagai melanggar kebebasan bersuara?” katanya.
Menurut Syed Hassan, Perkasa tetap dengan pendirian menghina agama bukanlah kebebasan bersuara.
“Perbuatan menghina sesuatu agama bukanlah kebebasan bersuara. Penghina terhadap sesuatu agama wajar dihukum dengan hukuman yang keras,” katanya.
Hari ini SKMM dilaporkan mengambil tindakan menutup beberapa laman sesawang dan Facebook anti Kristian.
Menurut Pengerusi SKMM Mohamed Sharil Tarmizi, penutupan itu termasuk laman “Semenajung Malaysia Anti Sabah and Sarawak”.
“Kami menghubungi Facebook (pentadbir) dan beberapa laman berkenaan ditutup,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Katanya, siasatan SKMM terhadap laman Facebook berkenaan masih berterusan.
PAS Sabah membuat laporan polis terhadap laman Facebook yang didaftarkan atas nama “Semenanjung Malaysia Anti Sabah and Sarawak” yang menghina penganut Kristian dan Malaysia Timur.
Gambar menghina penganut Kristian termasuk seekor katak dipaku ke salib menimbulkan kemarahan warga Sabah dan Sarawak.
Dua ahli politik Sarawak mengeluarkan kenyataan bagi meredakan kemarahan penduduk Borneo terhadap sentimen anti Kristian dan anti Malaysia Timur di Semenanjung sambil memberi amaran terhadap cadangan berpisah daripada Malaysia yang disifatkannya sebagai pengkhianat.
Menteri Kabinet Sarawak Tan Sri Dr James Masing berkata tidak perlu perbincangan untuk berpisah daripada Malaysia sebagaimana yang pernah dibangkitkan dalam laman Facebook oleh warga Sabah dan Sarawak.