Susulan Anggota Special Branch (SB) Mati Ditembak, Rakan Setugas Ditahan

Susulan Anggota Special Branch (SB) Mati Ditembak, Rakan Setugas Ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes anggota cawangan khas yang maut ditembak di Bukit Persekutuan semalam.
Anggota berkenaan yang juga merupakan rakan setugas mangsa ditahan pada jam 7 malam semalam di Balai Polis Cawangan Travers.
Ketua Polis Kuala Lumpur,  Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rakan setugas mangsa itu akan direman hari ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.
“Positif atau negatif  dia (rakan) terlibat akan diberitahu kemudian, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti. Suspek kini akan direman selama tujuh hari bermula hari ini,
“Pistol dan beberapa dokumen lain milik anggota berkenaan turut dirampas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati hari ini.
Dalam kejadian semalam, anggota Cawangan Khas terbabit ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.
Difahamkan, kejadian itu disedari oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut kira-kira jam 4.30 petang.

PANAS…Pelakon Ezany Ugut Bunuh Guru ‘Ganggu’ Adik Perempuannya?

Kenapa Ezany Nizafiff Ugut Bunuh Guru?
HAI, apalah yang dilakukan oleh seorang guru di Kangar sampai pelakon Ezany Nizariff mengugut mahu membunuhnya?
Azahar Hassan, 43, menerusi Harian Metro berkata, pelakon tersebut mengugutnya melalui status dan gambar yang dimuatnaik di laman Facebook yang berbunyi: ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’.
guru

AWAS !!! Seorang pencuri wanita yang menggunakan taktik "Solat Dulu, Baru Curi"


AWAS !!! Seorang pencuri wanita yang menggunakan taktik "Solat Dulu, Baru Curi" | Amaran ini admin dapati di beberapa fanpage Islamik yang terdapat di Facebook. Jom ikuti muslihat kotor wanita ini.