Serius ~ Ibu bapa samseng datang belasah pelajar dalam sekolah

Kuala Lumpur: Ibu bapa samseng. Itu gelaran paling sesuai buat sepasang suami isteri berusia 40-an yang menyerang dan memukul seorang pelajar berusia 16 tahun dalam kawasan sekolah menengah di Ampang, di sini.
Dalam kejadian pada jam 11 pagi Isnin lalu, pasangan terbabit dikatakan bertindak demikian selepas anak lelaki mereka mengadu dipukul rakan sekelasnya.
Menurut sumber, ketika kejadian pasangan suami isteri itu hadir ke sekolah anak mereka bagi menerima bantuan persekolahan RM100 untuk setiap pelajar yang diberikan kerajaan.

Gambar Hiasan Carian Google

Katanya, kejadian bermula apabila anak kepada pasangan itu didakwa bergaduh di dalam kelas berkenaan dengan seorang pelajar lain kerana berselisih faham.
“Anak pasangan itu kemudian mengadu kepada ibunya.
Tanpa usul periksa, wanita terbabit terus masuk ke dalam kelas dan menampar seorang pelajar lelaki yang didakwa bergaduh dengan anaknya.
“Biarpun cuba ditenangkan guru kelas, wanita terbabit terus memukul pelajar berkenaan sehingga guru kelas terpaksa memanggil guru disiplin bagi menenangkan suspek,” katanya.
Menurutnya, guru disiplin yang bergegas ke kelas berkenaan pada mulanya menenangkan wanita terbabit dan mengarahkan dua pelajar yang terbabit dalam pergaduhan mengikutnya ke biliknya untuk tindakan lanjut.
“Suami wanita itu meluru ke bilik darjah dan mencekik pelajar yang bergaduh dengan anaknya, selain menendang kepala mangsa dan menghentaknya ke meja guru,” katanya.
Sumber itu berkata, perbuatan ganas lelaki itu turut disertai isterinya dengan sama-sama memukul mangsa.
“Guru disiplin menghubungi pegawai polis yang bertanggungjawab memantau masalah disiplin sekolah itu atau dikenali sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
“Anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menenangkan keadaan sebelum menahan pasangan suami isteri terbabit.
Mereka dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sumber itu berkata, guru disiplin dan pelajar yang dipukul pasangan terbabit cedera di kepala juga membuat laporan di balai polis sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pasangan suami isteri itu dibebaskan dengan ikat jamin.

Jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Selamat Dikebumikan - Al-Fatihah

Kes pembunuhan ke atas kanak-kanak berusia dua tahun, Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah disifatkan paling kejam pernah berlaku di Terengganu.
Ironinya, nyawa mangsa melayang ditangan penagih dadah yang juga kekasih si ibu.
Bagaiamanapun, jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Limbong Paka selepas solat maghrib semalam.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ini sebaik jasad Nursyafiqah dimasukkan ke liang lahad.
Terdahulu jenazah dibawa pulang dari bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, HSNZ Kuala Terengganu.
Ibu bapa mangsa dibenarkan melawat jenazah di unit forensik hospital itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
Ibunya yang juga suspek kes pembunuhan itu bersama suaminya sedang menjalani penjara di Marang diberi tempoh 20 minit berada di sisi jenazah sebelum bapanya dibawa semula ke penjara Marang.





Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 tiga hari lalu, mayat kanak-kanak malang itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di lokasi kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah.
Pengawal keselamatan itu yang kemudiannya memasuki rumah berkenaan terkejut apabila melihat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan separuh bogel terbaring di dalam tandas dan berlumuran darah lalu melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.


Ahli forensik sedang menjalankan siasatan.

Susulan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa 2, Dungun, Terengganu, semalam.

Mangsa dikenali Nursyafiqah Adawiyyah, selesai menjalani bedah siasat yang bermula pukul 10 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan ibu saudara mangsa, Mukrimah Mamat 26 tahun yang dihubungi sebentar tadi.

Menurut Mukrimah, ahli keluarga kini berada di bilik mayat hospital berkenaan bagi menuntut jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, petang ini.

Jelas Mukrimah, anak saudaranya itu dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh kejam.

Katanya lagi, ibu mangsa, Rabiatul Adawiyyah Mamat, 28 tahun kini berada di Balai Polis Dungun untuk kawad cam bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3:20 petang semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di lokasi kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah.

Pengawal keselamatan itu yang kemudiannya memasuki rumah berkenaan, terkejut apabila melihat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan separuh bogel terbaring di dalam tandas.

Laporan Asal cari.com.my

Subhanallah! Proses Awet Rambut Rasulullah (Video dan Gambar)

Subhanallah! Proses Awet Rambut Rasulullah (Video dan Gambar) | KEPADA sesiapa yang bakal menonton video ini, anda kemungkinan adalah antara beberapa ribu atau ratus orang sahaja yang berkesempatan melihat proses ini yang cukup agung dan ia dilakukan dengan penuh ketelitian. Ini adalah kerana ia adalah rakaman video proses mengawet rambut junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Penulis memperolehi video berkenaan daripada laman Facebook Majlis Cinta Rasul. Ia dilakukan dengan begitu teliti oleh mereka yang dipilih kerana kepakaran dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad sahaja yang berhak melakukan proses ini.
Helaian rambut baginda disimpan oleh Shaikh Ahmad Al Khazraji dan sesekali ia dipertunjukkan kepada orang awam di rumahnya supaya mereka dapat melihat anggota badan Nabi terakhir dalam sejarah kerasulan. Shaikh Ahmad ialah anak kepada Shaikh Muhammed Al Khazraji iaitu bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam UAE.
Beliau memiliki beberapa barangan dan tanda milik Nabi Muhammad S.A.W, kerana beliau merupakan waris daripada puak Khazraj yang merupakan antara puak terbesar di Madinah ketika zaman kehidupan baginda Rasulullah.
Di dunia ketika ini, hanya empat bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa lokasi tertentu di seluruh dunia. Ia adalah janggut baginda, gigi baginda, bekas tapak kaki baginda dan rambut baginda. Bagi rambut yang berada dalam simpanan Shaikh Ahmad, ia diperolehi ketika Rasulullah bertahlul selepas tidak dibenarkan masuk ke Kota Makkah sewaktu Perjanjian Hudaibiah.

Jika video tak keluar sila ke sini: video