Langsung Tak Sama Seperti Gambar Pada Kotak Makanan (2 Gambar)

Langsung Tak Sama Seperti Gambar Pada Kotak Makanan.

C'mon it's not even close at all. Sama ke?


GEMPAR! Kes Bunuh Diri Terbaru di Berjaya Times Square

JALAN IMBI  - Sorang lelaki berusia 21 tahun maut kerana terjun daripada tingkat 9 di pusat beli-belah Berjaya Times Square, di Jalan Imbi, di sini, kira-kira 7 petang semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala & badan disahkan maut ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan & memberitahu kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

GEMPAR : Mumia Berusia 700 Tahun Dijumpai Masih Sempurna

Inilah penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terungkap ketika pekerjaan membina jalan di China bagian Timur baru baru ini.
Yang luar biasa adalah keadaan tubuh mumia masih utuh. Dianggarkan, perempuan ini adalah berpangkat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di bandar Taizhou, Provinsi Jiangsu. Ahli arkeologi China terkejut bagaimana keadaan kulit, rambut, kening, dan wajah mumia perempuan ini. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat. Mumia ditemui di dalam keranda batu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah.
Apa yang ia kenakan dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu China. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh dikatakan keadaan mumia ini sangat lengkap dan baik.