Romania – Seorang wanita gila seks
dengan wajah seiras pelakon Angelina Jolie telah dikenakan hukuman
penjara lima tahun selepas didapati bersalah menikam seorang pemandu
teksi.
Luminita Perijoc, 31, berbuat demikian
kerana lelaki itu, Nicolae Stan, 35, tidak mampu lagi mengadakan
hubungan seks kali ketiga berturut-turut dengannya.
Hukuman itu bagaimanapun ditangguhkan kerana Perijoc, dikatakan mengambil ubat ketika kejadian tersebut berlaku.
Pemandu itu, Stan, memberitahu polis
bahawa Perijoc, telah mengacukan pisau kepadanya dengan niat memaksanya
melakukan hubungan sekas pada 2012.
Dia mendakwa bertemu dengan Perijic ketika menghantar beg wanita itu ke rumahnya di Tulcea.
Selepas beberapa jam Stan beredar dari
rumahnya, Perijic kemudiannya menghubungi semula Stan untuk memintanya
mengambil beberapa botol wain di rumahnya.
Ketika lelaki itu masuk ke rumahnya, Perijic didakwa mengacu pisau sepanjang 10 cm dan memaksa lelaki itu menanggalkan baju
“Dia memaksa saya melakukan seks dengannya sambil mengacu pisau. Dia tidak pernah puas dan meminta seks berulang kali.
“Apabila saya enggan lagi mengikut kemahuannya, dia menikam saya,’’ kata bapa kepada tiga anak itu.
Stan memberitahu dia berjaya melepaskan
diri selepas mengunci diri dalam bilik tidur dan menghubungi 999 dengan
telefon bimbitnya.
Polis telah mengesahkan Stan telah dibawa ke hospital dan badannya dipenuhi dengan 12 kesan luka tikaman.
“Ia amat teruk. Saya kini seperti selebriti, semua orang bercakap mengenai saya.
“Orang ramai bertanya kepada saya kenapa
saya menolak wanita itu, tapi mereka tidak merasakan bagaimana saya
berdepan dengan perempuan gila yang mengacukan pisau ke muka.
“Apabila mereka melihat wanita itu dan
kemudian melihat saya, mereka ketawa. Adalah mustahil melakukan seks
dengan pisau terhunus di leher, walaupun perempuan itu adalah Ratu
Cantik Romania,’’ katanya.