KES CABUL: Pakar Motivasi Kini Minta Direhatkan Dari Tugas

TNP_Molest
Pensyarah yang juga bergelar pakar motivasi terkenal telah meminta pihak pengurusan institut pengajian tinggi tempatnya mengajar untuk merehatkannya dari tugasan buat sementara waktu.
Tindakan tersebut dipercayai diambil oleh pensyarah berkenaan di atas dakwaan salah laku meraba seorang pelajarnya, baru-baru ini.
Menurut Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, pihaknya terus bertindak memanggil pensyarah terbabit demi menjaga reputasi universiti tersebut.
“Sebagai ketua, saya bertindak memanggil pensyarah berkenaan untuk berbincang sebelum beliau meminta untuk bercuti bagi menenangkan diri sehingga kes selesai.
“Malah, pelajar yang membuat laporan polis berkenaan juga kini sedang bercuti semester di kampungnya,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Perkara ini tersebar di laman-laman sosial apabila seorang pelajar perempuan mendakwa dirinya diraba di bahagian kaki dan payu dara oleh pensyarahnya ketika sedang menelaah pelajaran di bilik pejabat pensyarah tersebut.
Salinan laporan polis yang dibuat pelajar berusia 20 tahun itu juga sudah tersebar secara meluas sehingga boleh dilihat oleh masyarakat umum.
Oleh: AUDREY LEE
* Gambar Hiasan